“Tak ada orang yang nak jadi mangsa penipuan dan hilang duit”, begitulah luahan Amer Moose.

Korang perasan, penipuan online semakin berleluasa? Scammer semakin bijak, mereka menyamar sebagai agensi pekerjaan, pekerja bank, staff platform e-dagang, kurier penghantaran dan banyak lagi.

Lebih menakutkan, mereka memiliki maklumat peribadi kita seperti nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan alamat rumah. Sadis bukan?

Dihubungi platform e-dagang popular

Tidak mahu individu lain menjadi mangsa seperti dirinya, Amer Moose tampil dan berkongsi pengalamannya di tipu scammer.

Menurut Amer Moose segalanya bermula ketika dirinya dihubungi oleh sebuah platform e-dagang terkemuka Malaysia.

“Pada ketika itu saya terima satu panggilan daripada platform S*****. Mereka menyatakan bahawa saya menang peraduan cabutan bertuah. Actually, pada mulanya saya rasa pelik, sebab tak pernah sertai apa-apa peraduan tapi bila saya minta pengesahan ID, orang tersebut Whatsapp ID pekerjanya kepada saya”.

“Pada masa tersebut, saya mula percaya, apatah lagi hadiah kemenangan yang ditawarkan bernilai RM3,000. Kebetulan, saya memang sangat-sangat memerlukan duit pada masa tersebut sebab nak pindah rumah”, katanya.

Nak pinjam duit rakan lengkapkan transaksi

Tambah Amer lagi, dia hanya sedar dirinya ditipu ketika ditegur rakannya ketika mahu meminjam wang untuk melengkapkan transaksi pemindahan wang ke akaun scammer.

Scammer send link, pada saya melalui Whatsapp dan minta saya lengkapkan butiran maklumat. Bila saya tekan dan isi maklumat dan saya diminta membuat pilihan bank untuk menerima bayaran. Saya isi sahaja sambil mengikut arahan scammer melalui telefon. Masa tu, macam tak sedar apa, bila dah dapat notification bank untuk sahkan TAC, saya dah mula rasa pelik tapi saya tekan je approved ikut arahan scammer. Tak lama selepas itu, duit dalam akaun saya RM400 lesap”.

“Saya pelik, dan bertanya kepada scammer tapi dia minta saya transfer lagi RM300 untuk lengkapkan transaksi sebelum duit kemenangan RM3,000 boleh saya terima. Katanya duit kemenangan saya tengah floating. Masa ni la saya nak pinjam duit dari rakan saya, dan kawan saya la yang menyedarkan saya, bahawa saya telah ditipu”, ceritanya.

Duit hilang… tak dapat semula!

Kata Amer, masa tu dia memang rasa kecewa. Dia terus bergegas buat laporan polis dan ke bank in case boleh dapat semula duit yang hilang. Namun, duit tersebut telah berjaya dipindahkan ke akaun scammer. Atas nasihat pihak bank saya diminta untuk reset akaun saya dan buat kad bank baru.

“Nasi dah jadi bubur, duit hilang macam tu ja. Walaupun cuma RM400 namun itulah duit terakhir yang saya ada masa tu”, tambahnya.

Amer memberitahu kami, dia tak mahu ada orang lain yang jadi mangsa sepertinya. Sebaiknya, jangan angkat nombor telefon yang tak dikenali sebab kita tak tahu apa yang mereka akan cakap dan pujuk kita.

Dan jangn sesekali kongsi butiran peribadi di mana-mana platform kerana selepas kejadian penipuan ini, dia kerap dihubungi pelbagai pihak dan peliknya mereka tahu maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, termasuk alamat rumahnya. Menakutkan, betul tak?

Scammer guna macam-macam cara, pelbagai platform.

Scammer berevolusi sesuai dengan keadaan semasa. Kita sebagai pengguna kena bijak, jangan sesekali kongsikan maklumat peribadi dengan pihak ketiga tanpa usul periksa.

Ingat! Scammer boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja, mereka boleh menyamar jadi rakan, jadi agensi kerajaan, kurier penghantar barang bahkan jadi bos di tempat kerja korang.

Pastikan sebelum melakukan sebarang transaksi atau berkongsi apa-apa maklumat, tak kisahlah maklumat peribadi, kerja atau sebagainya, korang buat double triple checking dahulu.

Nasihat min jadilah rakyat yang bijak dan sentiasa berwaspada, kerana apa? Kerana scammer boleh berada di pelbagai platform dengan pelbagai identiti.

Oleh sebab itu, jangan klik link tanpa pautan yang sahih. Jangan sesekali tekan approved atau berikan nombor TAC pada individu tak dikenali. Akhir sekali, elak angkat nombor telefon yang tak dikenali.

Marilah kita sama-sama ambil iktibar dari kisah Amer Moose.

Sekalipun kita berada dalam keadaan susah. Jangan jadikan desakan kewangan alasan untuk kita jadi mangsa penipuan.

Jaga diri semua!