berita

Destinasi Sempena Deepavali – Deepa Thirunaal Kondattam Di Sunway Lagoon Night Park!

October 24th, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Sebagai warga Malaysia yang hidup dalam pelbagai budaya, kita sentiasa terbuka untuk merayakan setiap perayaan tanpa mengira agama atau bangsa.

Kali ini, Sunway Lagoon Night Park bakal mengubah diri menjadi taman tema bercahaya untuk membawa semangat Deepavali kepada rakyat Malaysia dan memberi peluang kepada semua untuk lebih menghayati dan menghargai kepelbagaian budaya India.

Bercahaya macam mana tu?? Korang kena lah datang untuk rasai sendiri pengalaman yang tidak akan dapat dekat mana-mana pada 11 dan 12 November ini jam 6 petang hingga 11 malam!

Dendangan Malaysia bagi merayakan Deepavali

Kalau korang nak rasakan pengalaman mendengar irama lagu yang berbeza daripada artis tempatan Malaysia dengan sentuhan muzik yang unik, inilah masa yang sesuai untuk korang hadirkan diri!

Korang berpeluang untuk mendengar melodi dari Santesh yang terkenal dengan rentaknya yang menyentuh hati, serta seorang ahli melodi sejati yang bersaing dengan hati penonton iaitu Zubir Khan.

Selain itu, persembahan elektrik Psychomantra, seorang artis serbaguna yang muziknya sangat unik melintasi genre yang akan memukau ramai orang serta Balan Kash yang terkenal dengan keupayaannya membangkitkan penggemar muzik dengan gaya elektronik dan semangatnya.

Meneroka Keunikan Taman Tema dalam Kemeriahan Deepavali

Nak pergi Sunway Lagoon Night Park, jangan lupa pesanan min untuk bersedia sepenuhnya menikmati semua aktiviti dari awal pagi sampai petang. Trust me, memang takkan menyesal!

Ada banyak aktiviti yang korang boleh tengok antaranya pertunjukan Tematik, pertunjukan Klasik India, Pertunjukan Bhangra, Bazar Malam, Zoo Malam, Mainan Kering dan Pertunjukan Api!

Menurut Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Encik Calvin Ho, pertunjukan-pertunjukan ini adalah perayaan tradisi dan perpaduan yang meninggalkan kesan yang mendalam pada semua orang yang meraikan festival ini bersama mereka.

Jom serbu ramai-ramai

Jangan bazirkan percutian korang dengan duduk di rumah sahaja dan rancang percutian korang betul-betul tau macam pergi ke Sunway Lagoon ni lah hehe…

Perayaan pesta cahaya yang tak boleh dilupakan dan bakal menyatukan ramai orang dengan semangat kasih dan perpaduan yang sangat jelas dalam perayaan ini.

Haa korang dah tak sabar ke tu? Jangan lupa ajak satu keluarga ke Sunway Lagoon Night Park tau. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai harga tiket, korang boleh klik di sini.

 

Happy Deepavali!  

SKIP THIS AD ×