berita

Detik Cemas Lidah Anak Terkoyak Semasa Jatuh Tersembam Di Lantai Rumah

January 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Malang tidak berbau, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan anak untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Sedikit kecuaian boleh mengundang padah dan merisikokan nyawa anak.

Di Facebook, ibu berkongsi detik cemas anak terpijak selimut dan tersembam sewaktu berada di rumah. Lebih menyedihkan, lidah anaknya itu terkoyak teruk ekoran tergigit ketika jatuh di lantai.

Darah melimpah keluar

Kejadian yang menimpa Zara pada  5/1/2020. Tengah hari masa tu. Ummi tengah menyusukan Medina dalam bilik. Then dengar bunyi dentum yang kuat. Then, Zara panggil “ummi.. Sakit..” Tapi tak menangis. Ummi keluar dan nampak dia pegang mulut. Ummi suruh buka mulut. Allahuakbar, darah melimpah keluar. Lidah koyak teruk. Tapi dia sikit tak menangis. Ummi yang melalak macam apa. Subhanallah.

Tengok la lidah dia. Allahuakbar. Masa dia jatuh, ummi tak nampak. Tapi ummi boleh agak dia terpijak selimut yang dia pegang then tersembam dan tergigit lidah dia. Peritnya kan! Langsung tak menangis ke ape. Kuat betul awak Zara. ummi kagum. Teruk kan, macam kena gunting.

Nak pergi bilik pembedahan

Ni masa dekat ward. Abi yang kena jaga. Sebab ummi ada baby. So tak boleh nak jaga dan lagi satu Zara memenag sangat rapat dengan abi. Apa-apapun nak abi saja. So senang la sikit. Zara pun tenang saja. Masa ni 6/1/2020. Keesokan harinya, ummi hantar abanag ke sekolah dan terus ke hospital. Tengok dia macam ni sebak rasa. Maklumlah, hati mak-mak. Cepat luluh.

Siapkan Zara nak pergi bilik pembedahan. Start dari ni dia peluk je ummi. Macam tahu saja nak pergi mana. Haih la Zara. Setitik air mata pun tak ada. Hebat awak Zara. Siap dah, then terus ke bilik pembedahan.Masa ni sangat sebak. Doktor minta ummi teman Zara sampai masuk dalam bilik pembedahan. Tunggu sampai Zara di tidurkan dengan ubat bius. Sebab tak nak bagi Zara takut. Lepas Zara dah tidur, doktor suruh ummi cium Zara. Masa ni memang banjir habis dalam tu. Sebak ya amat. Sepanjang tunggu, selimut Zara la yang ummi cium.

Zara nak selimut

Alhamdulillah, 2 jam dalam bilik pembedahan selamat dah. Kena tunggu Zara sedar, baru boleh naik wad. Ummi kejut kan Zara dan Zara buka mata. Tapi masih mamai, benda pertama yang keluar dari mulut Zara, ‘nak selimut’. Alhamdulillah Zara dah buang air kecil dan besar. Then, boleh discharge. Makan semua pon okay masa ni. Tak rasa sakit. Tapi makan sakit sikit. Kena slow-slow. Susu pun kena minum pakai straw. Tak boleh pakai botol. Sakit kena puting botol tu. 

Masa on the way balik rumah, happy sangat muka dia. Dari kena sampai sekarang, setitik air mata pun tak ada. Bagi makan ubat pun senang saja dia makan. Siap minta ubat syrup pcm yang merah tu. Aduhai anak. Cepat sihat ya Zara. Ummi tahu awak kuat.

Sumber: Cik Puan Nedy Zhara

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.