

Wanita bernama Dewi sekali lagi mencuri perhatian selepas memberi bayangan seolah-olah bakal menamatkan zaman janda dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Kad Perkahwinan Jofliam & Dewi Tular, Bakal Tamatkan Zaman Duda 5 April? – ‘Sumber Boleh Dipercayai’
Artikel Berkaitan: Jofliam Kongsi Gambar ‘Fitting’ Baju Pengantin, Bakal Tamat Zaman Duda Dalam Masa Terdekat?
‘Final fitting‘

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Emira Delyati Dewi itu berkongsi gambar sedang melakukan fitting terakhir dipercayai di sebuah butik.
Perkongsian dua gambar yang dimuat naik dalam versi black and white bersama kapsyen ‘final fitting‘ itu mengukuhkan lagi bukti bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Jofliam juga memuat naik foto seorang wanita sedang memakai busana pengantin beberapa hari lalu.
Terdahulu, tular kad majlis pernikahan bekas suami Cik Epal bersama Dewi di media sosial.
Menerusi kad itu, tertera tarikh majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 5 April depan.
Imbas kembali, Dewi didakwa merupakan wanita yang menjadi punca keretakan rumah tangga Jofliam dengan bekas isteri, Cik Epal.
Sumber: Instagram








