Pelakon veteran, Dharma Harun meluahkan rasa syukur dan terharu akhirnya berpeluang kembali ke set penggambaran selepas 20 tahun menyepi dari dunia lakonan.

Artikel Berkaitan: Anak Kongsi Keadaan Terkini Dharma Harun – ‘Ayah Semakin Kurus’

Artikel Berkaitan: Dharma Harun Mahu Terus Bekerja, Enggan Bergantung Dengan Sumbangan Orang Ramai

Dharma Harun kembali berlakon

Ketika ditemui OhBulan!, Dharma atau nama lengkapnya Dharma Harun Al-Rashid, 68, menyifatkan perasaan kembali berlakon adalah sesuatu kegembiraan yang sukar digambarkan.

Katalah anda seorang pemain bola. Pemain bola itu macam bidadari dah, orang tahu anda hebat.

Kemudian entah macam mana, anda dapat main balik. Rasa-rasa macam mana? Anda akan rasa seronok.

Bagi Dharma, peluang ini bukan sekadar mengubat rindu terhadap dunia seni, malah menghadirkan semula semangat dan kegembiraan yang pernah dirasai lebih 40 tahun lalu ketika berada di puncak populariti.

Melihat artis-artis dan kru, teringat saya 40 lebih tahun dulu. Jadi saya rasa lively, hidup. Dan saya pun sama-sama sertai.

Dharma berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran telefilem Ayah di Pusat Jagaaan Harian Warga Tua, Cheras, pada Isnin.

Aktif sebagai penerbit

Walaupun jarang kelihatan di layar, Dharma menjelaskan dia sebenarnya tidak pernah meninggalkan dunia seni sebaliknya terus berkarya di belakang tabir sebagai penerbit

Dalam pada itu, Dharma menzahirkan ucapan terima kasih kepada penerbit terkenal, Dato’ A. Aida kerana memberi peluang kepadanya untuk kembali berlakon.

Saya nak ucapkan berjuta-juta terima kasih pada Dato’ A. Aida. Sebenarnya cerita ini pasal seorang ibu, tapi bila dia dapat tahu saya sakit, dia kata kita tukar.

Dalam perkembangan lain, Dharma bakal bergandingan dengan anak lelakinya, Syafiq buat julung kalinya menerusi telefilem berjudul Ayah terbitan A. Aida Production Sdn. Bhd. dan arahan Zul Huzaimy. 

Naskhah penuh emosi itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aniq Suhair, Azeva Natassha, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.