berita

“Di Sini Kenangan Pahit & Manis Dibina Bersama” – Iklan Raya Ni Gerenti Gamit Nostalgia Korang!

May 29th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Bila tiba je musim perayaan, dah jadi macam trend pula berlumba-lumba keluar iklan raya di televisyen dan platform sosial media.

Masa ni la korang dapat tengok macam-macam jenis iklan dengan idea yang kreatif keluar. Ada yang sedih, ada yang kelakar tak kurang juga ada yang seram. Tapi banyak-banyak iklan ni ada satu iklan yang min rasa dekat sangat sebab menggambit memori, yelah bila dah tua ni asyik teringat zaman dulu-dulu je.

Teringat zaman masa beraya kat kampung…

https://www.facebook.com/matrixconceptshomes/videos/2467294269949373/

Selalunya kebanyakkan iklan raya banyak yang kita boleh predict, tapi serius min tertarik sebenarnya dengan satu iklan daripada Matrix Concepts Holdings Berhad ni kerana memaparkan situasi sebenar yang terjadi sekarang. Kalau korang nak tau Matrix Concepts Holdings Berhad ialah syarikat pemaju perumahan yang membangunkan projek Bandar Seri Sendayan(BSS) yang berdekatan dengan Seremban, Negeri Sembilan.

Apa yang menariknya, video raya mereka mengaitkan kawasan Sendayan yang dibangunkan menjadikan kawasan perumahan yang lebih teratur. Yelah kalau dulu suasana beraya pastinya terasa bila berada di kampung dengan sanak-saudara berkumpul dan jiran tertangga bergotong-royong. Tapi sekarang bila anak-anak dah besar dan bekerja, suasana perayaan semestinya berubah.

Takda lagi kewajipan beraya di kampung, tapi yang menyerikan suasana perayaan itu pastinya apabila seisi keluarga berkumpul. Betul tak?

Raikan perayaan bersama Boboiboy dan Didi & Friends..

Haa.. Kalau korang tak tau nak buat apa hujung minggu raya nanti, apa kata bawa famili korang ke Minangkabau Raya di Bandar Seri Sendayan. Ada pelbagai aktiviti yang akan dijalankan selama dua hari program Minangkabau Raya antara seperti Meet & Greet karakter kartun animasi popular Boboiboy dan Didi & Friends (anak-anak korang mesti suka), persembahan tradisi Minangkabau, Cat Fashion show dan macam-macam lagi aktiviti menarik.

Takdelah korang mati kutu nak isi hujung anak-anak dan korang sebagai ibu bapa pon dapat have fun juga. Yelah dah puas beraya korang pon mesti nak luangkan masa dengan keluarga sendiri kan.

So, kalau korang nak tau lebih lanjut tentang program Minangkabau Raya ni korang boleh like dan follow Facebook rasmi Matrix Concepts Holdings Berhad atau kalau korang nak usha kawasan perumahan kat situ korang boleh terus ke laman web rasmi Matrix Concepts Holdings Berhad.

Jom serikan raya korang dengan Matrix Concepts Holdings Berhad.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×