berita

‘Di Sini Ramai Tak Suka’ – Baby Shima Pulang Ke Indonesia

September 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Baby Shima memberitahu dia sudah pulang ke Indonesia kerana menerima banyak tawaran kerja di negara tersebut.

Akhirnya pulang ke rumahku

Akhirnya pulang ke rumahku Indonesia. Hello Indonesia, Shima sudah pulang.

Menurut Baby Shima, dia sememangnya sudah menetap di Indonesia sebelum pandemik Covid-19 melanda. Namun, ketika kes Covid-19 semakin meningkat, dia memilih untuk pulang ke tanah air. Tambah Shima, dia akan pulang ke Malaysia sekiranya ada tawaran menyanyi.

Malaysia Shima akan ke sana juga sebab banyak show Shima di sana dan di sini semakin ramai tak suka Shima. Semakin ramai pula undang Shima.

Berikutan daripada pengumuman tersebut, segelintir warganet meluahkan pendapat bahawa Shima sepatutnya menetap di sana kerana masyarakat di sana lebih ‘menerimanya’ berbanding di Malaysia.

Islam tercemar?

Menjengah di ruangan komen, ada juga warganet yang mahu Shima menetap terus di sana dan jangan pulang ke tanah air. Ini kerana, penyanyi itu sering melakukan pelbagai kontroversi sejak belakangan ini. Terdahulu, aksi tarian Baby Shima dalam muzik video bersama seorang usahawan terkenal viral di media sosial. Tarian yang dilakukan Baby Shima dikatakan agak menghairahkan dan cukup memalukan.

Sumber: Baby Shima

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×