berita

‘Dia Amat Takut Tengok Air Mata Ibu Mengalir’ – Shuhada Memilih Untuk Tidak Menangis Depan Anak-Anak

March 23rd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Walau berdepan masalah rumah tangga bersama pasangannya, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memilih untuk tidak menunjukkan kesedihannya di depan anak-anak.

Artikel Berkaitan: Shuhada Izin Hafidz Jumpa Anak – ‘Saya Nak Hubungan Dia Dengan Anak-Anak Erat’

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Dia Nak Kahwin Dengan Suami Saya? Saya Rasa Seperti Ditipu..’ – Shuhada

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Pertikai Harga ‘Cookies’ T20, Shuhada Perjelas Ada Enam Jenis & Tak Guna Sos Pencicah ‘Cap Ayam’

Sorok kesedihan

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Shuhada memaklumkan bahawa anak lelakinya,Umar, amat takut jika melihat air mata ibunya jatuh berderai.

I love you sayang buah hati ibu, peneman air mata ini budak. Dia cukup takut tengok air mata ibu mengalir.

Dia susah hati, tak boleh menangis depan Umar.

Shuhada, 29, lebih memilih untuk menyimpan kesedihan dan air mata untuk tidak mahu anak-anak terkesan dengan apa yang terjadi kepadanya.

Sekadar info, tarikh sebutan semula kes cerai buat Hafidz Roshdi dan Shuhada akan di bawa ke 9 Mei hadapan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Sumber: Instagram @shushukriii 

SKIP THIS AD ×