berita

“Dia Antara Orang Yang Paling Lofa Selesa” – Neelofa Jawab Status Hubungan Dengan Hans

October 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Nampaknya kisah percintaan antara Neelofa dan Hans Isaac menjadi topik paling hangat minggu ini. Sewaktu bertemu di majlis sidang media Anugerah Skrin 2012 semalam, Neelofa sekali lagi di asak mengenai status hubungannya bersama Hans dan diminta untuk memberi komen mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh aktor kacak itu menerusi pihak media sebelum ini.

Menurut Neelofa, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Hans Isaac menerusi sebuah media, yang kononnya mengakui hubungan mereka kini serius adalah tidak benar. Pelakon cantik ini turut mendakwa kenyataan Hans telah disalah tafsirkan dan ditokok tambah oleh pihak media tersebut.

“Sebelum ini Lofa dah banyak bagi komen. Apa yang dikeluarkan oleh Hans adalah tak patut. Lofa juga tak mahu komen apa-apa dan sudah tiba masanya untuk Lofa zip mulut. Lofa tak nak mengiakan atau menidakkan sebarang kenyataan itu.”

“Masa pertama kali kenyataan tu keluar, kami tengah buat proses ‘dubbing’ untuk filem ‘Lemak Kampung Santan.’ Jadi masa sesi temubual tu berlangsung, Lofa ada dekat sebelah Hans dan Lofa dengar semuanya. Sebab tu la Lofa tak nak bising-bising sangat pasal isu tersebut. Lofa tau apa yang Hans cakap dan apa yang betul atau apa yang tidak.”

Mengulas mengenai status sebenar hubungannya bersama pelakon kacak tersebut, seperti biasa Neelofa akan menyatakan bahawa mereka hanyalah kawan dan dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

“Apa yang Lofa boleh cakap, kami sedang dalam peringkat pengenalan. Lofa akui memang dia antara orang yang paling Lofa selesa untuk berkawan. Kalau ada masa untuk keluar bersantai, dia adalah salah seorang kawan yang akan Lofa pilih untuk keluar bersama,” ujar Neelofa kepada pihak media sambil tersenyum.

Selain itu, Neelofa turut akui Hans Isaac pernah berjumpa denga ibu bapanya, tetapi bukanlah secara formal. Ia hanyalah sekadar pertemuan biasa di acara-acara yang dianjurkan oleh pihak media.

Merujuk perkembangan terbaru, Neelofa bakal digandingkan bersama Awal Ashaari sebagai pengacara untuk ‘Anugerah Skrin 2011’ yang bakal berlangsung pada 9 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Dia juga dijadualkan akan terbang ke Itali untuk program NONA pada November akan datang.

SKIP THIS AD ×