Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Nadiah yang dipercayai berkhidmat sebagai pembantu peribadi Neelofa, tampil memuat naik satu Instastory mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan segala fitnah terhadap majikannya.
Artikel berkaitan: PA Neelofa Cari Individu Sebar Berita Palsu Nikah Di Kelantan, Terkena Minyak Pengasih
Terbaru, Nadiah Khairuddin mengesahkan dirinya sudah berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular membabitkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.
Menyerahkan kepada peguam
Menerusi laporan Harian Metro, Nadiah memberitahu bahawa dia sudah menyerahkan wanita yang dikenali sebagai Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan seterusnya.
Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik. Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya. Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya
Jelas Nadiah, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Syamira dan tidak mengenali wanita tersebut. Ujarnya lagi, mereka juga tidak pernah bertemu.
Membersihkan nama
Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz.
Terdahulu, Nadiah dipercayai mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang didakwa melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz. Nadiah turut memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu.
Sumber: Harian Metro