berita

‘Dia Cakap Sesuatu Yang Tak Logik’ – Wanita Mangsa ‘Kurung’ Dedah Suami Seorang Yang Penyayang

June 24th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita, makin ramai rakyat yang hilang punca pendapatan serta terdapat sesetengah pihak yang terpaksa gulung tikar akibat tidak mampu menampung beban hutang yang ditanggung.

Sanggup kurung isteri dan dua anaknya

Foto kredit : Harian Metro

Baru-baru ini tular mengenai kisah seorang suami yang mengalami tekanan selepas kehilangan pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 sanggup mengurung isteri serta dua anaknya di rumah mereka di Taman Nusa Intan, Senawang, Negeri Sembilan. Indiivdu berkenaan enggan membenarkan kesemua mereka untuk berhubung dengan dunia luar.

Dia mengunci pagar, pintu gril dan pintu belakang dari dalam serta tidak membenarkan isteri serta anak mereka keluar, termasuk mengambil makanan yang dipesan sejak pagi.

Walau bagaimanapun, pihak bomba akhirnya berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dan individu tersebut telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Dia kemudian dibawa pulang ke rumah abang kandungnya.

Suami yang penyayang berubah jadi agresif

Sekadar gambar hiasan

Bercerita dengan lebih lanjut, isterinya, Nur Asma Husna Mohamed Fuad mengakui beberapa hari sebelum kejadian, suaminya itu kelihatan sangat tertekan malah dia menunjukkan perangai yang sangat berbeza.

Dia nampak lain, banyak termenung dan adakalanya bercakap sesuatu yang tidak logik. Bila saya tanya dia enggan jawab dan kalau jawab pun hanya sepatah.

Dia kelihatan tidak stabil ketika itu, tapi saya hanya fikir positif dan tidak sama sekali menyangka sesuatu yang tidak baik.

Pada malam kejadian, lelaki berkenaan bertindak diluar jangkaan sehingga sanggup merosakkan telefon bimbit isterinya. Berikutan daripada itu, isterinya terus keluar dari rumah menjerit untuk meminta bantuan daripada jiran.

Sementara itu, wanita ini menyifatkan lelaki itu seorang suami dan bapa yang sangat penyayang serta mengambil berat terhadap keluarga. Malah, dia tidak pernah sekali pun bertindak agresif.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×