berita

‘Dia Cuba ‘Kokak’ Pintu Dengan Tong Gas!’ – Detik Cemas Hampir Disamun Warga Asing!

December 29th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Lazimnya, kejadian jenayah seperti pecah rumah, rompak, samun dan ragut sering berlaku pada musim cuti perayaan serta cuti sekolah. Ini kerana kebanyakan orang mengambil peluang yang ada ini untuk pulang ke kampung atau bercuti. Oleh itu, kita dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak membuka ruang kepada penjenayah.

Di twitter, gadis ini kongsi pengalaman rakannya hampir menjadi mangsa samun warga asing. Paling menakutkan, warga asing tersebut cuba membuka pintu bilik dengan tong gas!

Hati-hati dan pastikan pintu berkunci

Malang tidak berbau, meskipun berada di dalam rumah kita masih berpotensi menjadi mangsa penjenayah. Namun, nasib baik menyebelahi gadis ini apabila beliau sempat menghubungi ibu memberitahu rumah dipecah masuk.

Ada orang masuk rumah

Cuba nak pecahkan pintu guna tong gas

Jerit minta buka pintu

Cuba ‘buka’ pintu tapi tak dapat

 

Ya Allah bahayanya! Berdebar jantung admin baca perkongsian ni. Nasib baik ibu mangsa sempat sampai bersama polis, kalau tidak tak tahu apa akan berlaku kepada mangsa. Selepas ini elakkan berada seorang diri di rumah dan sentiasa berjaga-jaga untuk mengelakkan kita menjadi salah seorang mangsa penjenayah!

sumber : twitter

SKIP THIS AD ×