berita

‘Dia Dah Minta Maaf & Aku Maafkan Dia. Aku Tahu Dia Budak-Budak, Tak Matang Lagi’ – Isteri Caprice

April 25th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, isteri Caprice iaitu Farah Inalis memberitahu dia mahu mencari individu yang menghina anaknya di media sosial. Ujar Farah, dia berharap netizen dapat membantunya untuk mencari maklumat gadis tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Siapa Kenal Perempuan S*al Ni? Aku Nak Tahu Rumah Dia Dekat Mana’ – Isteri Caprice

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Sudah Berjumpa Dengan Sarah Yasmine, Syukur Tambah Bukti Untuk Bawa Ke Mahkamah – ‘Dia Cari Saya Dulu’

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Terkejut Baca WhatsApp Aliff & Ruhainies – ‘Saya Kecewa Kerana Pasangan Yang Sudah Lama Bersama, Berkomplot Untuk Menjatuhkan’

Terbaru, Farah berkata, gadis tersebut telah membuat permohonan maaf kepadanya.

Bukan nak pergi pukul

Menerusi video awal, Farah memberitahu dia mahu berjumpa dengan gadis tersebut berserta ibu bapa gadis berkenaan. Jelas Farah, dia mahu memberi pengajaran kepada gadis tersebut dan mahu bertanya mengapa bertindak sedemikian.

Satu benda je aku nak pesan, kau nak maki laki aku atau aku silakan. Tapi kau jangan libatkan anak aku. Kau jangan sentuh pasal nama anak aku. Dia tiada salah apa-apapun. Aku bukan nak pergi pukul kau sampai mamp*s. Tapi aku nak bagi pengajaran. Nak jumpa mak bapa dia juga. Nak tahu apa masalah dia? Kenapa maki anak aku?

Tidak lama selepas itu, Farah berkata, gadis tersebut telah membuat permohonan maaf kepadanya.

Di Instagram Story, Farah berkata, dia sudah memaafkan gadis tersebut dan menganggap individu itu masih belum matang.

Aku tak nak panjangkan cerita. Aku maafkan dia. Dia bercakap ikut emosi bodoh dia tu. Tapi tak apa. Jadi aku maafkan. Aku tak nak layan benda bodoh ni. Jangan libatkan anak aku.

Sumber: Farah Inalis

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×