Usahawan, Noor Neelofa berkongsi perkembangan terkini adiknya, Ameera Khan yang bertindak memadam semua foto di Instagram miliknya sejak beberapa bulan lalu.
Artikel berkaitan: Padam Semua Gambar Di Instagram, Peminat Tanya Apa Dah Jadi Dengan Ameera Khan?
Ini bukan kali pertama
Ujar Neelofa, Ameera sedang berehat untuk memberi masa buat dirinya mencari haluan diri.
Dia ada cakap nak berehat sekejap. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara, dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia. Dia macam hanyut dalam gelombang tu. Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik yang mana okay, mana yang tak. Dia pula baru dalam proses nak belajar agama dan ada yang bercanggah, so dia nak bertenang dan ‘take a step back’.
Menurut Neelofa, ini bukan kali pertama Ameera ‘hilang’ dari media sosial. Tambahnya, sebelum ini Ameera pernah melakukan tindakan yang sama. Pada masa yang sama, Neelofa berpendapat segala perhatian yang diperolehi adiknya sejak belasan tahun menjadi antara faktor Ameera ‘hilang’ punca.
Sebagai kakak, saya lihat dia sedang membesar. Dia membesar tu pula berbeza masa zaman saya. Umur dia 22 tahun, dia dapat limelight awal lagi daripada saya. Umur belas-belas lagi dah jadi perhatian ramai. Dia tak sempat nak tengok balik apa yang kurang dalam hidup, benda apa yang kena baiki dan itulah punca dia nak rehat sebentar. Dia nak kenal diri sendiri. Dia ada juga tanya dekat saya soal aurat, agama dan hukum kepada saya. Benda yang saya tahu, saya akan kongsi.
Neelofa turut memberitahu adiknya ada menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang fesyen.
Sumber: Astro Gempak