berita

’Dia Hanya Nak Tahu Isi Dashcam, Kereta Itu Pula Selalu Alif Bawa Atau Mungkin ‘Perempuan Itu’….’ – Adik Aisyah

November 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

adik aisyah

Kisah rumah tangga antara personaliti media sosial Alif Teega dan Aisyah Hijanah berhubung kehadiran ‘orang ketiga’ dalam perkahwinan mereka telah mendapat perhatian pelbagai pihak sejak Ahad lalu.

Terbaharu, sepupu dan adik susuan kepada Aisyah iaitu Amirul Adni Rustam tampil menjawab kecaman netizen berkenaan isu berkenaan.

Artikel Berkaitan: Adik Dakwa Alif Teega Pernah Pukul Aisyah Hijanah, Ada Bukti Dari Dashcam? – ‘Telefon Sampai Berkecai..’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Harap Satu Hari Nanti Akan Jumpa Lelaki Yang Lebih Baik, Sekarang Tempuhi Sahaja’ – Aisyah Hijanah

Amirul bidas netizen

adik aisyah

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh seorang individu di Instagram (IG), dia menyelar tindakan Amirul yang mendedahkan pekung keluarga di media sosial selain menasihatinya agar menjaga nama baik Aisyah.

Pesanan aku satu je untuk kau, kau tu adik Aisyah (seorang pempengaruh yang membawa dakwah). Tolong jaga nama baik kakak kau. Ikhtilat benda mudah tolong jaga.

Kadang-kadang bila kau dah ‘spill the tea’, aku harap bukan fitnah dan jangan kau yang jadi salah satu punca yang makin merosakkan hubungan kakak kau dengan suami dia.

Kau dah dedahkan, harap kau dapat kawal orang daripada beri respon buruk.

Tidak berdiam diri, Amirul kemudian menjelaskan tentang dakwaan pempengaruh itu dipukul oleh suaminya.

Menurut Amirul, kakaknya hanya ingin tahu isi kandungan yang ada pada kamera kereta tersebut.

Sebenarnya dashcam bukan nak cakap pasal kena pukul dalam kereta ke apa, dashcam ni cerita dia Aisyah hanya nak tahu isi dashcam.

Dia ambil keputusan untuk ambil kad memori dashcam tu, lepas tu bila Alif naik kereta nak sampai pejabat dia terus perasan dashcam keluar tanda ‘no memory card’. Kereta tu pulak selalu dibawa Alif atau mungkin ‘perempuan itu’.

Sanggup patah balik confront Aisyah sebab nak tahu kalau Aisyah ada ambil kad memori dashcam tu. Mula la selepas-selepas itu sesi angkat tangan daripada dia.

Dalam satu kenyataan lain, Amirul menegaskan bahawa media sosial adalah satu-satunya medium yang mudah untuknya membongkarkan semua yang terjadi kerana Alif didakwa tidak mahu beri kerjasama.

Kalau dah Alif pun tak nak bagi kerjasama jumpa atau datang berhadapan dengan keluarga saya, mana lagi saya nak tegakkan kebenaran kalau bukan dekat sini? Hati Aisyah tu keluarga sahaja yang tahu.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang personaliti media sosial, Alif Teega yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.

Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, isteri pertamanya Aisyah Hijanah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

Sumber: IG Amirul

SKIP THIS AD ×