berita

‘Dia Jadi Baik Ke Tak Sebenarnya?’ – Macam Tergantung, Netizen Tak Puas Hati Penamat Drama Cindai

January 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setelah bersiaran selama 15 episod sejak 23 Disember yang lalu, drama Cindai yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis itu, akhirnya melabuhkan tirai semalam.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan ending drama itu malam tadi. Manakala, isu bipolar disorder yang dilakonkan oleh Cindai iaitu Ayda Jebat, turut menjadi topik perbicaraan.

Why ending macam tu?

Menerusi Twitter, rata-rata netizen meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai episod akhir drama tersebut. Menurut mereka, ending drama Cindai seolah-olah tergantung walaupun hubungan di antara Cindai dengan keluarga Amir dan sahabat baiknya sudah berbaik semula.

Keikhlasan Cindai yang sudah berubah menjadi baik semasa scene terakhir menjadi persoalan. Ini kerana, dia memberikan isyarat seakan perli terhadap Hanif kerana dihalau keluar daripada rumah selepas tercetusnya pergaduhan di antara ibu mertuanya dengan Hanif. Hanif turut mengeluarkan rantai leher yang mempunyai nama Cindai semasa diperli dalam scene itu lalu membuatkan cerita itu seakan tergantung dan berkemungkinan mempunyai sambungan.

Kehidupan gadis yang hidap bipolar disorder

 

Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd itu berkisah tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder dan pernah menjalani kehidupan sebagai seorang gelandangan kerana tidak mempunyai saudara yang boleh ditumpang. Sepanjang kehidupan zaman kanak-kanak, Cindai sering dibuli sehingga dirinya bangkit semula untuk menjadi seorang gadis yang kuat. Namun, dia juga memasang niat untuk memperoleh kekayaan sehingga mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Menurut netizen, karya Cindai merupakan idea yang baik kerana sejak belakangan ini isu berkaitan bipolar disorder atau lebih dikenali sebagai mental illness semakin berlaku di Malaysia. Dengan adanya drama seperti ini, netizen memberitahu bahawa ianya mampu memberikan kesedaran buat masyarakat.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.