

Usahawan Datuk Lokman Teh meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri seperti pelakon, Datin Atikah Suhaime.
Artikel Berkaitan: Suami Atikah Suhaime Seronok Tengok Lyla Mulan Cepat Membesar – ‘Dulu Bangun Tidur Nangis, Sekarang Dia Explore Kiri Kanan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime & Anak Dapat Barang Kemas Daripada Ibu Mentua, Netizen Rasa Terharu – ‘Susah Nak Dapat Keluarga Yang Boleh Terima Kita’
Keikhlasan Atikah
View on Threads
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Lokman menyatakan bahawa Atikah sama sekali tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kekayaannya, malah memiliki banyak kebaikan.
Sebenarnya Atikah tidak pernah minta saya atau keluarga saya duit, atau benda-benda lain.
Dia jenis lurus dan ikhlas sebab itu keluarga saya akan beri sahaja sokongan kepada Atikah.
Saya rasa tak dapat jumpa wanita seperti ini tapi Alhamdulillah jumpa juga.
Tiada siapa pun yang sempurna tetapi hatinya suci.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian pelakon berasal dari Singapura itu yang disifatkan sebagai seorang wanita sempurna.
Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar rumah tangga Lokman dan Atikah kekal hingga ke akhir hayat.
Sekadar info, pada 8 Mac lalu, Atikah berkongsi berita gembira dengan mengumumkan sudah selamat melahirkan puteri sulung yang diberi nama Lyla Mulan Teh.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu.
Sumber: Threads Lokman Teh





![[VIDEO] Budak 46 Dedah Hidap Retinitis Pigmentosa, Penglihatan Semakin Kabur](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak-46.jpg)


