

Penyanyi, Azmi Saat berkongsi satu situasi sukar apabila dia terpaksa berdepan seorang penghantar barang yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga. Menurut Azmi, situasi itu berlaku sewaktu dia hendak membeli barang menggunakan perkhidmatan penghantar tersebut.
Dia OKU pekak


Di Facebook, Azmi berharap urusan jual beli di antaranya dengan abang penghantar barang tersebut dipermudahkan. Ini kerana, kedua-dua mereka merupakan insan Orang Kelainan Upaya. Tambah Azmi, dia tidak mampu melihat dan abang tersebut pula pekak.
Perkongsian Azmi tersebut ternyata mencuri tumpuan netizen. Rata-rata netizen bertanya mengenai kesinambungan situasi tersebut. Jelas Azmi, mereka berhubung melalui mesej dan penghantar barang tersebut telah menunggunya di sekian tempat yang telah dinyatakan.
Belajar bahasa isyarat




Selain Azmi, netizen turut berkongsi pengalaman mereka apabila berjumpa dengan insan OKU. Di samping itu, netizen berharap semua lapisan masyarakat dapat mempelajari bahasa isyarat bagi memudahkan urusan dengan orang awam yang OKU.
Sumber: Azmi Saat




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
