berita

‘Dia Kata Ada Token, Tapi Dapat Sepasang Baju Raya Je’ – Fareez Fauzi

January 25th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Fareez Fauzi

Penyanyi, Fareez Fauzi berkongsi satu kejadian yang mana dia tidak menerima sebarang bayaran selepas membuat persembahan di sebuah acara sambutan hari raya suatu ketika dahulu.

Artikel Berkaitan: Maruah Fauzi Nawawi Tercalar, Kenyataan Isteri Bergadai Harta Kerana Tiada ‘Job’ Selepas Berhijab Disalah Erti

Artikel Berkaitan: 8 Tahun Tahan Sabar Sikap Panas Baran Suami, Lisdawati Akui Setiap Rumah Tangga Ada Ujian

Hanya sepasang baju raya

Fareez Fauzi

Ketika ditemui OhBulan! Fareez atau nama lengkapnya Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi, 27, berkata pihak penganjur acara tersebut hanya memberikannya sepasang baju raya sebagai bentuk ‘bayaran’.

Saya pernah diundang buat persembahan tetapi tidak diberikan bayaran langsung. Tetapi pihak penganjur hanya berikan baju raya sahaja. Itu pun hanya sepasang.

Dia kata ada token, saya fikir token itu dalam bentuk duit rupanya baju raya. Waktu itu persembahan untuk acara hari raya.

Banyak juga lagu yang saya nyanyi, lebih kurang satu mini album jumlahnya. Lagi pula itu majlis kawan bapa saya.

Fareez berkata demikian ketika ditemui pada majlis Preview Buffet Ramadan yang diadakan di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur pada Selasa.

Bagaimanapun anak kepada aktor Fauzi Nawawi itu menganggap kejadian tersebut sebagai ujian buatnya.

Apa pun saya anggap itu ujian untuk saya. Mungkin saya pernah buat salah dekat orang. Saya hanya nak bersangka baik sahaja.

Selain itu ada juga semasa PKP saya terima tawaran seorang pakcik minta saya nyanyi dekat bawah kawasan rumah flat. Saya anggap itu beramal

Dalam perkembangan lain, Fareez akan membuat persembahan sepanjang bulan Ramadan di Hotel Royal Singnature, Kuala Lumpur.

Untuk info, Fareez merupakan juara program nyanyian Mentor Milenia 2016 yang ketika itu penyanyi Hazama merupakan Mentor kepadanya.

SKIP THIS AD ×