
Wanita yang mengaku sebagai bekas kekasih pelakon Ammar Alfian Aziz iaitu Qhaisha mendakwa kehidupannya dikawal oleh aktor tersebut sehingga memberi kesan terhadap kerjaya dan harga dirinya.
Artikel Berkaitan: Media Sosial Ammar Alfian Diserang, Netizen Dakwa Masih Belum Berubah – ‘Pukul Bukan Tanda Sayang!’
Artikel Berkaitan: ‘Sebab Berbadan Besar & Muka Garang, Awak Guna Karakter Saya Untuk Perangkap?’ – Ammar Alfian Buka Mulut, Nafi Tuduhan P*kul Wanita
‘Dia kata saya meny*ndal, terhegeh-hegeh’
Menerusi satu hantaran di Instagram, Qhaisha mendakwa Ammar dikatakan malu untuk memperkenalkannya kepada keluarga kerana penampilan dan gaya hidupnya di media sosial yang dianggap tidak selari dengan nilai seorang wanita ‘trad’.
Bagi dia, setiap kali saya post, katanya saya “meny*dal”, terhegeh-hegeh nak perhatian lelaki, “attention seeking” dan macam-macam lagi. Dia cakap malu nak bawa saya jumpa keluarga dia sebab gambar-gambar dan media sosial saya.
Dia kata saya bukan wanita tradisional.
Qhaisha turut mendakwa dia terpaksa berhenti memuat naik gambar di media sosial dan tindakan itu secara langsung menjejaskan kariernya.
Saya berhenti post gambar, dan itu sangat menjejaskan kerjaya saya dalam media sosial. Dia kata, “apa lah sangat income media sosial kau tu.” Cukup lah, Ammar Alfian.
Dalam pada itu, Qhaisha turut memuat naik beberapa paparan skrin perbualan bersama Ammar yang didakwa mengandungi kata-kata kesat serta makian yang dilemparkan kepadanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul Ammar sewaktu menjalinkan hubungan cinta.
Bagaimanapun, pelakon berbadan sasa itu menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.
Sebelum ini, nama Ammar menjadi bualan ramai selepas dikaitkan dengan kontroversi memukul kekasihnya yang ketika itu pelakon Puteri Sarah pada tahun 2011.
Sumber: Qhaisha