berita

‘Dia Komited Dengan Pengajian’ – Akhirnya Pihak UKM Buka Mulut Isu Terima Pesalah Pedofilia

August 26th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Masihkah anda ingat dengan satu kes yang telah berlaku pada sekitar tahun 2015, dimana pelajar dari Malaysia iaitu Nur Fitri Azmeer Nordin telah dijatuhkan hukuman penjara kerana miliki imej dan video lucah kanak-kanak di London? Dia telah menjalani hukuman penjara selama 9 bulan kerana memiliki lebih 30,000 foto dan video lucah kanak-kanak.

Kini, dia telah pun dibebaskan dan pulang ke Malaysia. Dia telah menyambung pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah di Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Keputusan institusi itu menerima Fitri Azmeer turut membuatkan netizen tidak senang duduk.

Kenyataan media dari UKM

Sementara itu, Universiti Kebangsaan Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan media berhubung kontroversi pihak insitusi menerima pelajar Fitri Azmeer untuk meneruskan pengajian di sana. Pihak UKM turut mengakui keupayaan dan kecemerlangan dalam akademik yang ditunjukan Fitri Azmeer.

Malah, pihak UKM turut mempercayai bahawa pendidikan mampu mengubah pelajar berkenaan ke arah yang lebih baik.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan keputusan UKM kerana membenarkan Fitri Azmeer melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah disitu. Netizen turut khuatir sekiranya kanak-kanak di sekitar institusi mahupun Bangi bakal menjadi ‘mangsa’ seterusnya.

Netizen turut menasihati ibu bapa untuk lebih berhati-hati menjaga dan memerhati anak mereka untuk tidak menjadi mangsa kepada kekejaman pelajar UKM itu.

Beginilah cara budaya rogol berterusan

Parents area UKM, be careful

Tiada aduan mengenai Fitri Azmeer

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak hanya berkuatkuasa hingga Julai 2017. Manakala dalam kes ini pula, Fitri Azmeer direkodkan di United Kingdom pada tahun 2015.

Fitri Azmeer dibebaskan dan pulang ke Malaysia selepas menjalani hukuman penjara dikurangkan 18 bulan ke 9 bulan.

Kami komited untuk menguatkan perlindungan untuk anak-anak kita. Sepanjang masa belajar di sini, dia sangat komited dan tidak memperlihatkan tingkah laku yang mencurigakan. UKM juga tidak menerima sebarang aduan mengenai beliau.

Sumber: Bernama, FMT News

SKIP THIS AD ×