berita

‘Dia Lurus Bendul, Pemikiran Tak Waras’ – Bapa Remaja Pijak Quran Buka Mulut

July 22nd, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral di media sosial sebuah video menyaksikan sekumpulan remaja perempuan bertindak memijak al-Quran dan kejadian tersebut dipercayai berlaku di Tanah Merah, Kelantan. Menurut laporan Metro, bapa kepada remaja tersebut memaklumkan anak perempuannya itu seorang yang lurus bendul.

Bagaimanapun, sekumpulan remaja yang terlibat di dalam video itu telah direman selama 3 hari bagi membantu siasatan.

Pemikiran tak waras

Bapa kepada remaja itu hanya dikenali sebagai Roslan memaklumkan anak perempuan yang berusia 17 tahun itu mempunyai pemikiran seperti budak-budak berusia tujuh atau lapan tahun sedangkan usianya sudah remaja. Tambahan, anaknya itu juga berkawan dengan kanak-kanak dan bukannya dengan rakan sebaya.

Anak saya umur 17 tahun dan sudah berhenti sekolah kerana dia kata tidak nampak ‘jalan’ dan tidak dapat meneruskan pelajaran, jadi saya menyuruh dia berhenti sekolah. Dia seorang yang lurus bendul dan pemikirannya tak waras mana.

Dia mengaku dipaksa rakan-rakan

Kakak kepada remaja berkenaan dikenali sebagai Fatihah telah membuat laporan polis selepas melihat rakaman video adiknya bertindak memijak kitab suci sudah tular dan turut dikongsi rakan, tempoh hari.

Saya tanya adik betul ke dia yang pijak al-Quran dan dia mengaku kerana dipaksa rakan-rakan. Mula-mula saya hendak marah tetapi berfikir tiada guna kerana ia sudah tular. Saya terus buat laporan polis sebab tidak mahu keluarga malu dengan kejadian itu.

Perintah tahan reman disambung

Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim berkata tempoh tahanan reman terhadap 4 remaja perempuan itu telah dilanjutkan sehari lagi. Tempoh reman dilanjutkan bagi melengkapkan siasatan terhadap semua suspek. Sebelum ini, semua suspek berusia 17 hingga 18 tahun ditahan reman selama tiga hari sejak 19 Julai lalu.

Perintah tahan reman disambung sehingga esok untuk melengkapkan siasatan.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×