berita

‘Dia Macam Tak Sihat Sejak 3 Hari Lepas’ – Tragedi Ngeri Sambut Awal Ramadhan

May 18th, 2018 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Siapa sangka tragedi ngeri bakal menimpa keluarga ini pada hari pertama menyambut bulan Ramadhan. Tragedi melibatkan 3 orang kanak-kanak mati ditetak menggunakan sebilah parang oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman.

Kejadian berlaku di kediaman keluarga mangsa di Kampung Sungai Haji Mohamad, Selekoh. Menurut Metro Online, 3 kanak-kanak mati dalam kejadian itu manakala empat lagi parah termasuk ibu mangsa dan orang awam.

Diceroboh masuk ke rumah

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, ketika kejadian lelaki yang dipercayai kurang siuman menceroboh masuk ke rumah mangsa yang didiami tiga kanak-kanak dan ibu.

Suspek bersama sebilah parang melibas tiga kanak-kanak berkenaan hingga mengakibatkan kematian manakala ibu mangsa cedera parah. Polis berjaya menahan suspek berdasarkan maklumat orang awam dan merampas senjata yang digunakan iaitu parang.

Dalam tempoh setengah jam kemudian, suspek menghala ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Mohamad dan menetak dua pelajar sekolah dan seorang orang awam. Polis masih belum mengenal pasti semua mangsa yang cedera dan akan memaklumkannya dari masa ke semasa.

Bagaimanapun, seorang penduduk kampung berkata suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan tinggal tidak jauh daripada rumah mangsa.

Sejak dua tiga hari lalu, dia kelihatan macam tidak berapa sihat dan kami tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan yang sebegitu kejam di hari pertama berpuasa.

Sehubungan itu, semua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan menerima rawatan lanjut.

Sumber: Metro Online