berita

‘Dia Masih Mampu Senyum’ – Kisah Ketabahan Gadis Melawan Kanser Tanpa Separuh Paru-Paru & 6 Tulang Rusuk Kanan

February 23rd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Ramai pesakit kanser pada mulanya tidak menyedari kewujudan ketumbuhan sel kanser dalam badan mereka. Sehingga diri mula merasa janggal dan sakit. Kanser merupakan penyakit yang menyerang badan kita dalam diam tanpa disedari. Antara kewujudan penyakit ini adalah disebabkan faktor keturunan yang menghidap kanser.

Ini kisah yang dikongsi pengguna Twitter, Purnamawati, rakan kepada Norhafizah yang sedang bertarung melawan kanser Liposarcoma stage 4.

Kehilangan separuh paru-paru

Gadis penghidap kanser ini mula menyedari sejak bangku sekolah menengah lagi. Dia sering batuk dan bawa minyak angin setiap kali ke kelas. Ketika rakan lain sibuk memasuki alam Universiti, dia pula sibuk bertarung sel kanser yang mulai merebak ke bahagian paru-paru.

Seperti biasa, gadis ini melanjutkan pelajaran seperti rakan yang lain tetapi hanya berbekalkan separuh paru-paru sebelah kiri untuk menjalani hidup sebagai pelajar.

Sel mula merebak

Tanpa disedari sel kanser mulai merebak ke bahagian hati. Dia sering ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani kimoterapi bagi melemahkan sel kanser tersebut.

Ketumbuhan makin besar

Malah, dia masih menunggu keputusan pembedahan bagi membuang sel kanser pada hati yang masih belum diketahui. Dia terpaksa menguatkan semangat menghadapi ujian ini.

Kes berat

Ramai sahabat mengambil kesempatan menziarahi rakan mereka menghidap kanser ini. Kebetulan ketika itu, keputusan pembedahan diketahui dari Dr. Nara. Maka, gadis ini perlu ke HKL untuk menjalani pembedahan segera.

Pembedahan selama 12 jam

Pembedahan ditunda sehari lewat dari tarikh yang dijanjikan. Operation ini mengambil masa kira-kira 12 jam dan disambung 10 jam pada keesokkan harinya.

Koma

Gadis tersebut koma hampir seminggu selepas pembedahan selesai dijalankan. Keadaan gadis ini dikhabarkan dalam keadaan baik dan lehernya ditebuk lubang untuk memberi laluan oksigen memasuki ruang paru-paru.

Kuatkan semangat

Semua bahagian hati dan 6 tulang rusuk kanan dibuang, namun, senyuman masih diukir pada wajah gadis penghidap kanser Liposarcoma stage 4 ini.

Credit: Twitter Purnamawati

SKIP THIS AD ×