berita

‘Dia Menghulurkan Bunga Pada Saya’ – Kisah Misteri Remaja ‘Honeymoon’ Di Gunung

September 24th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh cerita melibatkan seorang pendaki Gunung Singai berusia 22 tahun hilang di dalam hutan selama seminggu. Niat untuk melakukan aktiviti lasak bertukar tragedi bermalam di ‘dunia lain’ disedari tiga rakannya sebaik saja tiba di kaki gunung itu.

Bagaimanapun, mangsa Stanley Kho ditemui pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hampir genap seminggu menjalani operasi itu. Ini kisah misteri yang diceritakan mangsa sepanjang bermalam di ‘sana’. Seram…

Lokasi tersasar di luar gunung

Mangsa ditemui di dalam gaung berbatu di kaki gunung dalam keadaan yang lemah. Dia hanya berseluar pendek dan tidak berbaju dan mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan.

Pada hari Selasa lalu, mangsa dipercayai telah menghantar lokasi keberadaannya melalui aplikasi WeChat kepada tiga lagi rakan. Ternyata lokasi yang dihantar itu tersasar di luar kawasan gunung tersebut iaitu di Kampung Tanjung Poting. Bagaimanapun, pasukan penyelamat telah menemui petunjuk kesan tapak kasut dan pucuk rebung yang dipatahkan dalam hutan tersebut.

Mangsa yang dalam keadaan amat lemah kini sudah dibawa keluar dan diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Dia cantik

Apa yang lebih menarik adalah mangsa dikatakan mengikut ‘suara halus’ dan terperdaya mengikut alunan suara itu masuk ke dalam hutan. Ini kisah mangsa yang mungkin anda sukar untuk mempercayainya.

Dia cantik seperti puteri dan sempat menghulurkan sekuntum bunga pada saya.

Bagaimanapun, mangsa terpegun dengan kecantikan gadis itu dan terus mengikutinya. Dia juga ada mendengar suara pasukan penyelamat dan penduduk kampung menjerit namanya tetapi mulut dia seolah ‘terkunci’ dan tidak dapat menyahut panggilan pasukan penyelamat itu. Lebih menarik lagi apabila mangsa kongsikan pengalaman dia dijaga baik oleh gadis itu.

Akhirnya, mangsa ditemui di kawasan curam Gunung Singai, Bau dengan sedikit kecederaan di tangan dan bahagian kaki.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×