berita

‘Dia Meronta Kesakitan’ – Lelaki Ditembak Polis Kena Bedah Lagi

June 25th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa tukang paip yang cedera ditembak seorang anggota polis trafik, selamat menjalani pembedahan membuang peluru baru-baru ini. Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Alif Aiman, dipercayai menjalani pembedahan kali kedua pula bagi membuang serpihan tulang.

Sering mengadu sakit

Menurut abang mangsa, Faisal Hafiz Anuar, adiknya dibedah kali kedua di Dewan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam. Tambahnya, pembedahan kali kedua itu membuatkan adiknya sering mengadu sakit.

Saya beri dia semangat supaya tak fikir bukan-bukan, saya beritahu mungkin itu hanya kesan selepas pembedahan. Doktor pun maklumkan pada saya selepas lima hari, anak saya mungkin akan menjalani pembedahan lain, setakat ini doktor tidak menjahit sepenuhnya pada bahagian lengan kerana bimbang ada jangkitan kuman.

Urat nadi putus

Sekadar gambar hiasan

Menurut ibu mangsa, Hashimah, anaknya mengalami kerosakan beberapa bahagian saraf termasuk urat nadinya turut terputus ekoran kes tersebut. Tambahnya, serpihan tulang yang hancur itu harus dibuang segera oleh doktor bagi mengelakkan kerosakkan saraf yang lain.

Cuma doktor harap tidak berlaku jangkitan kuman kerana ia boleh menyebabkan risiko lain termasuklah kemungkinan anak saya boleh cacat. Buat masa sekarang doktor sudah pesan supaya orang luar tidak boleh melawatnya kecuali ibu bapa sahaja, jadi saya harap orang ramai faham dengan keadaan anak saya.

Alif ditembak di lengan kiri oleh anggota polis trafik kerana rakannya enggan memberhentikan motosikal ketika ditahan oleh pihak polis trafik di Jalan Langgar berhampiran Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×