berita

‘Dia Nak Semua Perbelanjaan Rumah Separuh Separuh’– Suami Kaki Ungkit Bagi Alasan Tak Mampu Beri Nafkah

December 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sudah menjadi lumrah hidup berumah tangga pasti ada pasang surutnya, sekali sekala dilanda badai namun semua itu harus ditempuhi dengan tenang dan matang.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa buntu dengan sikap suaminya yang boleh dikatakan terlalu berkira dari segi kewangan terutamanya untuk perbelanjaan rumah termasuklah sewa bulanan dan bil utiliti.

Minta isteri bayar separuh perbelanjaan

Sekadar gambar hiasan

Dari ciapan direct message (DM) yang dikongsikan, pengadu memberitahu bahawa usia perkahwinannya bersama suami belum sampai setahun namun sudah dilanda pelbagai masalah seperti isu kewangan dan tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga.

Saya bekerja pejabat dan suami bekerja sendiri. Suami merupakan seorang designer dan mendapat tender design dari company besar. Besar modalnya dan besar tendernya. Modal untuk kerjanya besar. Jadi setiap kali tak cukup duit, dia akan pinjam duit daripada saya. Dia akan bayar setiap kali dapat payment. So far, dia bayar hutang dia kepada saya.

Wanita ini menyifatkan suaminya seorang yang suka mengungkit dan terlalu berkira dari segi kewangan sehinggalah pada suatu hari, si suami memberitahu bahawa dia mahu semua perbelanjaan rumah seperti sewa, bil utiliti dan kos makan dibahagikan kepada dua iaitu separuh dibayar oleh isteri manakala separuh lagi dibayar olehnya.

Suami bagi alasan ‘tak mampu’

Sekadar gambar hiasan

Apabila si isteri bertanyakan tentang nafkah, si suami memberi alasan bahawa dia sudah menyediakan keperluan asas malah dia turut memberi alasan bahawa tidak mampu menyediakan keperluan seperti yang dipinta isterinya.

Bila saya tanya pakaian, alat makeup, belanja etc, dia cakap tak wajib. Apabila saya katakan yang saya pun membayar separuh sewa rumah, elektrik dan air, dia katakan dalam Islam ikut kemampuan suami. Dia cakap dia tak mampu, jadinya asalkan keperluan asas sudah diberi sudah mencukupi.

Saya pun tak perlulah memasak dan sebagainya sebab ini bukan wajib bagi saya. Saya buat kerana ihsan kepada suami. Tapi suami tak fikir ihsan kepada isteri.

Wanita ini akui buntu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah tersebut sehingga dia seakan mempersoalkan adakah perkahwinannya itu adalah satu kesalahan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap tindakan si suami sama sekali tidak masuk akal dan sepatutnya semua perbelanjaan adalah tanggungjawab si suami.

Mereka sempat menasihati para lelaki di luar sana supaya bersedia dari segi kewangan sebelum berkahwin kerana tanggungjawab sebagai suami amat besar.

Komen netizen

Sumber: ConfessTweetMy

SKIP THIS AD ×