berita

‘Dia Nampak Macam Boring..’ – Mira Filzah Dedah Pertemuan Pertama Dengan Suami Selepas ‘Dipaksa’

September 4th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, pelakon Mira Filzah selamat menjadi isteri kepada pasangannya Wan Emir Astar. Detik bersejarah pasangan itu disaksikan oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan rakan media di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Artikel Berkaitan : Selamat Diijabkabulkan, Ini Foto Rasmi Sekitar Majlis Pernikahan Mira Filzah & Wan Emir

Menerusi Drama Sangat, pelakon Lelaki Kiriman Tuhan kongsi detik pertemuan pertama dengan suaminya. Menurutnya pertemuan ini bermula atas gesaan ibu dan ayahnya.

Karakter Emir sangat kuat

Karakter, karakter dan karakter. Keseluruhan karakter sangat kuat dan disenangi. Mira sangat selesa dengan dia. Dia sangat soft spoken. Dia tak pernah meninggikan suara. Mira sangat selesa dengan dia. Di hati rasa senang.

Menurut Mira Filzah, dia jatuh cinta dengan Wan Emir kerana karakternya yang sangat kuat. Walaupun pada awalnya dia merasakan Wan Emir seorang yang bosan namun segalanya berubah selepas pertemuan kali pertama.

Dia kejar-kejar tapi Mira tak layan sebab malas nak layan. Kalau tengok dia di Instagram, dia suka tulis kapsyen panjang-panjang macam nampak boring. Dia suka ekspresi melalui penulisan.

Mak abah bertanggungjawab dalam pertemuan mereka

Mak kenal arwah papa dia, Abah pun kenal dia secara indirectly. Mak dengan Abah orang bertanggungjawab yang push Mira. Pergilah jumpa sekejap. Jumpalah sekali pun takpa. Kalau tak suka takpe.

Ternyata buat pertama kali dia tidaklah seperti di Instagram.Dia tidaklah boring. Dia seorang kelakar juga. Dia aktif dalam seni, dalam drama dan lakonan. Tapi dia tidak menonjol seperti orang lain.

Tambahnya lagi, ibu dan bapa adalah orang yang bertanggungjawab membawa mereka kepada pertemuan pertama. Dari situ dia beranikan diri untuk berjumpa dan akhirnya membawa kepada beberapa pertemuan sebelum merancang untuk berkahwin.

Sumber : Drama Sangat

 

SKIP THIS AD ×