Penyanyi dan peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Putrajaya selepas enam hari bertarung nyawa. Penyanyi ‘Hey Kau’ ini dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga tidak sedarkan diri.
Artikel berkaitan: ‘Selamat Pulang Ke Rahmatullah Sahabatku’ – Sandra Dianne Meninggal Dunia
Disifatkan sebagai seorang yang baik, rakan-rakan meluahkan rasa sayu dengan pemergian gadis dari Sabah ini. Malah, rakan seperjuangan, Wani Kayrie tidak menyangka pertemuan mereka di PICC Putrajaya adalah kenangan terakhir buat mereka.
Sandra nervous nak perform
View this post on Instagram
Terima kasih ya Allah engkau beri peluang buatku untuk borak panjang bersama arwah @sandradianneofficial buat kali terakhir pada 29/8/2020 hari rehearsal minggu duet #bigstage2020. Sandra Dianne, rakan seperjuangan yang sama batch 2015 dengan Wani masa baru menapak dalam industri, banyak perform sama-sama sebab nama kitaorang baru nak naik di mana orang tak kenal pun nama kami tapi kenal lagu je. But we still hustling until now. Rezeki dia, bila Wani tahu dia masuk BS3 Wani dah target Sandra boleh be one of Big Stage 3 finalists because I trust her capabilities and talent. Minggu duet tu, turn Sandra banyak sebelum performance Wani. Every time dekat backstge, Wani perhati Sandra sangat-sangat nervous nak perform and sangat risau.. and that week, semua orang risau bila dia masuk bottom3. But she seems so calm that night when she knew she has given her best last performance. Walaupun dah lama tak berjumpa, dapat juga berkongsi cerita tentang awal-awal karier kami dan PICC menjadi saksi kali terakhir kami berborak dan gelak sama-sama sebelum beliau pergi buat selamanya. Tenanglah kau di sana @sandradianneofficial. You’re a great person. Tiada pengganti bernama Sandra dalam industri. Salam Takziah buat keluarga Sandra. Moga arwah ditempakan dikalangan orang beriman.
Tambah penyanyi ini lagi, Sandra kelihatan sedikit berdebar-debar ketika menunggu gilirannya menyanyi pada persembahan terakhirnya di Big Stage. Namun, ketika diumumkan berada di tangga tiga terbawah, Sandra kelihatan sangat tenang kerana dia tahu dia sudah melakukan sehabis baik.
Tak dapat ziarah kali terakhir
Sejak berkenalan pada tahun 2015, Sandra merupakan seorang rakan yang sangat supportive dan tidak pernah sombong. Malah, Sandra ada berpesan kepada Wani agar tidak berputus asa dalam bidang nyanyian kerana perjalanannya masih jauh.
Difahamkan, arwah akan dibawa pulang ke Sabah dan dikebumikan di Kg Kauluan Tuaran Sabah.
Sumber : Wani Kayrie