
Sosok pelakon dan pengacara terkenal, Didie Alias sering kali dilihat berada di samping rakan-rakan seperjuangannya ketika mereka sedang dilanda musibah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didie Alias Peluk Erat Amyza Adnan Undang Sebak, Netizen Sifatkan Sebagai ‘Teman Sejati’ – ‘Ada Saat Suka & Duka’
Sahabat yang baik
View on Threads
Terbaharu, Didie turut membantu dan berada di sisi aktres, Amyza Aznan ketika dia diuji dengan kehilangan anak sulungnya, Andre Mikhail yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu menyatakan bahawa dia amat mengagumi keperibadian yang dimiliki Didie dalam meringankan beban rakan-rakannya.
Didie Alias ni function betul, paling laju datang dan hulur bantuan.
Elok diangkat jadi Presiden Seniman, dia buat kerja sungguh.
Dalam masa sama, individu itu juga mengimbas kembali detik ketika Didie atau nama lengkapnya Fadzilah Mohd @ Ali, 54, menguruskan Allahyarham bekas suaminya yang juga aktor, Ridzuan Hashim.
Cuba imbas balik macam mana dia uruskan arwah bekas suami dia.
Dari sakit sampai kebumi, dia uruskan dengan anak-anak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan individu tersebut dan turut menyifatkan Didie sebagai seorang sahabat sejati kerana sanggup bersusah payah membantu rakan-rakan seindustri.
Sekadar info, Allahyarham Andre Mikhail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada 10.40 pagi Selasa.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada jam 10.15 malam Isnin.
Sumber: Threads