berita

‘Dia Pandai Semua. Pandai Masak, Jaga Anak’ – Ozlynn Bersyukur Dapat Suami Macam Johan Tapi..

April 23rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pasangan selebriti tanah air Johan dan Ozlynn kerap memuat naik video-video telatah berkenaan kebahagiaan rumah tangga mereka. Sebelum ini Ozlynn pernah memuat naik video Johan sedang bergurau senda bersama anak-anak mereka iaitu baby Moleiq dan kakak Chantiq.

Terbaru, Ozlyn memuat naik video Johan membantunya memasak untuk keluarga. Sifat Johan sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab dan penyayang menarik perhatian netizen. Namun begitu, disebalik segala kelakuan baik yang dilakukan oleh Johan terdapat muslihat terhadap isterinya yang pasti mencuit hati.

Belanja aku spa, tapi beli earpods guna kad aku

View this post on Instagram

Semlm dia ajak dating berdua.. dia belanja kita g spa.. suweettt x?? Ada masa bila dia sian kat kita dia akan masak.. dia serba boleh, kelulusan tahan maki..🤣🤣 sb dia nih bkn kaki gaduh.. korg ckp apa pon dia buat pekak telinga. Sb tu dia x layan cemuhan org.. sb dia tau apa dia buat.. dan sb tu jugak dia berjaya.. sb keSABARan dia power bhaiiii!! Dia pandai buat keje umah walaupon kdg kena petir dr aku dulu baru gerak.. eh dia ngan anak2 sama naik.. tp paling penting dia pandai semua benda.. jaga isteri, jaga anak, jaga abah, popo dgn mak.. pandai basuh baju guna tgn, pandai bersukan, pandai makan.. pandai masak.. x caya cer tgk video blkg tuh dia masak.. tp tu sume bkn lah keutamaan aku nk bercerita pasal dia.. cerita utama nya semlm dia belanja aku g SPA, g beli EarPods tp TIME BAYAR GUNA KAD AKU.. ermmm dan aku turutkan.. mcm kena pukau la aku semlm siakkk!!! Skrg nih pls bg idea mcm mane nak dpt balik duit aku tuh… plsss guyssss help me😂😂🤣🤣 #jaga2dgnorgmukabaiknih PLS SUBSCRIBE OUR YOUTUBE CHANNEL JOZLYNNHANANIA UTK TGK VIDEO MASAKAN PENOH DR PAPA JO

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Johan mengajak Ozlynn keluar berdua dan membelanja isterinya itu spa. Seterusnya, Johan juga menolong isterinya memasak untuk keluarga. Namun yang menjadi perhatian adalah setelah dia membelanja isterinya spa, dia terus pergi membeli earpods untuk dirinya. Yang lawak ialah dia beli menggunakan kad isterinya. Jozlyn terasa dirinya seperti kena pukau  dan mencari idea macam mana hendak mendapatkan kembali duitnya itu. Lawak!

Rakan artis turut terhibur

Ni kes pukau kan?

Sumber: Jozlynnhananiah

The following two tabs change content below.