
Pelakon, Jaa Suzuran mendedahkan dirinya kini lebih berhati-hati dalam soal mengenal hati budi wanita selepas melalui pengalaman yang kurang menyenangkan sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Bengang Hun Haqeem Dituduh B*d*h & Lemah, Jaa Suzuran Selar Kenyataan Netizen – ‘Susah Ke Nak Doa Yang Baik Untuk Orang?’
Artikel Berkaitan: Jaa Suzuran Harap Kes Abang & Eda Ezrin Segera Selesai, Tak Sabar Terima Khabar Gembira – ‘Raya Keluarga Pergi Melawat, Mereka Sihat’
Jaa Suzuran lebih berhati-hati berkenalan

Berkongsi tentang insiden itu, Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 32, berkata, dia pernah cuba berkenalan dengan seorang wanita secara sopan, namun tidak menyangka tindakannya itu menjadi bahan gurauan di media sosial.
Menurutnya, wanita berkenaan bukanlah seorang selebriti, tetapi tindakan memuat naik tangkap layar perbualan mereka di Instagram Story benar-benar mengguris hatinya.
Memang ada rasa takut. Sampai kadang-kadang bila kita jumpa orang yang saya suka, tapi saya jadi takut nak cuba mendekati.
Saya cuma mesej ‘Hai, Assalamualaikum’ saja. Ikhlas nak berkenalan. Tapi dia screenshot dan ‘muat naik’upload’ di Instagram Story dan cakap ‘nak try lah itu’. Kalau tak nak layan, tak perlu balas. Tak perlu screenshot.
Saya selalu berjumpa dengan jenis yang bila saya suka dia, dia tak suka saya. Bila dia pula suka saya, tapi saya pula yang tak suka dengannya.
Jaa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Tiket Sehala dan berbuka puasa bersama barisan pelakon karya tersebut yang berlangsung di Majestic Marine, Confetti pada Isnin.
Dalam pada itu, Jaa turut mengulas tindakan adiknya, Raa Suzuran yang sebelum ini mencari calon kakak ipar menerusi platform Thread dan menegaskan perkara tersebut hanyalah sekadar gurauan semata-mata.
Malah, Jaa sendiri memilih untuk tidak membuka ruangan komen kerana enggan membaca reaksi netizen yang mungkin cuba menjadikannya bahan jenaka.
Saya sebenarnya tak buka pun ruang komen Thread itu. Saya baca dan ketawa-ketawa kemudian buat tak tahu. Saya tak nak baca orang-orang yang cuba nak bahan saya.
Bagi saya kebanyakan mereka hanya gurau.. Tak logik bagi saya kalau ada perempuan nak ‘offer’ diri macam itu. Ego perempuan biasanya tinggi. Mereka takkan jual diri begitu saja.
Selain Jaa, filem Tiket Sehala turut dibintangi Noki K-Clique, Sharifah Sakinah, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana dan ramai lagi.







