berita

Dia Seorang Yang Penyabar & Memahami Saya – Shahrizal Jaszle

December 10th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kepada anda yang masih belum tahu, Shahrizal Jaszle telah pun mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya, Redzwani Puteri pada 8 Disember (Sabtu) yang lepas. Majlis pertunangan mereka berdua telah dilangsungkan di kediaman keluarga perempuan di Banting, Selangor.

Menerusi temubual bersama Shahrizal sebentar tadi, pelakon berusia 24 tahun ini mengaku telah mengenali dahulu tunangnya sebelum dia mempunyai hubungan bersama bekas kekasihnya, Miera Liyana.

“Saya mula mengenali dia (Redzwani Puteri) sekitar 2 tahun lepas.

“Malah ibu kami berdua memang mempunyai hubungan yang rapat.” jelas Shahrizal.

Ditanya bilakah dia akan melangsungkan majlis perkahwinannya, Shahrizal menjawab, “Kami mengikat tali pertunangan selama satu tahun setengah untuk membuat persiapan. Lagipun dia masih melanjutkan pengajiannya.”

Menurut pelakon filem ‘Azura’ ini, dia membuat keputusan untuk menjadikan Redzwani Puteri sebagai teman hidup adalah kerana tunangnya sangat memahami dirinya.

“Dia seorang yang pandai berdikari dan sangat penyabar. Dia juga tahu dan faham kerja saya. Apatah lagi dia tak pernah bagi tekanan pada saya.

“Tentang kerja, dia tak pernah halang malah menghormati kerjaya saya,” ujar Shahrizal lagi

Kedua pasangan ini dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan mereka sekitar pertengahan tahun 2014. Anda boleh lihat foto pertunangan Shahrizal Jaszle & Redzwani Puteri di sini.

SKIP THIS AD ×