Nama Eyra Hazali semakin meniti dibibir peminat sejak muncul menerusi drama Mr Grey. Dia merupakan heroin dalam drama tersebut dan bergandingan bersama hero Fendy Bakry. Ternyata chemistry antara dua aktor ini serasi dan saling mengambil berat antara satu sama lain.
Sejak Fendy Bakry dimasukkan ke hospital gara-gara sakit ‘misteri’, heroin drama Mr Grey ini mengakui terkejut dan risau terhadap gandingan lakonnya. Drama ini belum habis penggambaran dan beri penghormatan buat Fendy Bakry berehat sementara.
Mengakui sedih
Sebaik tahu Fendy sakit, saya akui rasa sedih juga kerana dia tidak dapat mengikuti aktiviti promosi drama lakonan kami. Patutlah, sejak daripada promosi awal drama ini lagi memang Fendy tidak pernah sertai walau sekali pun. Saya ada juga berasa pelik kenapa setiap kali aktiviti promosi hanya membabitkan saya seorang manakala Fendy pula tidak hadir.
Bagaimanapun, Eyra mengharapkan rakan lakonnya ini sembuh dari penyakit ‘misteri’ itu. Malah, dia juga mengakui sepanjang penggambaran Fendy tidak kelihatan seperti orang sakit sekali pun. Dia masih aktif dan riang.
Dia pernah mengadu penat
Sepanjang penggambaran drama Mr Grey, saya memang tidak nampak Fendy macam orang yang kurang sihat dan sakit. Dia sentiasa ceria di set penggambaran dan sentiasa ingatkan saya mahu pun ibu supaya jaga kesihatan kami. Apapun, saya tidak nafikan Fendy ada juga mengadu dia penat. Tetapi, hanya itu saja dan tak sangka pula dia ada sakit.
Eyra juga berharap peminat dan penonton setia drama ini mendoakan kesembuhan Fendy. Malah, dia juga mengakui bakat lakonan Fendy sangat diperlukan dalam industri tanah air.
Sumber: myMetro