Isu mengenai gangguan seksual sering berlaku tidak mengira jantina. Namun, kebanyakannya gangguan seksual ini terjadi pada kaum wanita seperti mana pernah dilaporkan oleh media sebelum ini.
Pelakon Hafreez Adam menerusi entri posting di laman Instagram berkongsi kisah gangguan seksual yang bukan hanya terjadi pada kaum wanita malah, lelaki juga seperti yang pernah dialami dirinya.
Pegang bahu, tangan pun tak boleh
Hafreez Adam mengambil keputusan untuk berkongsikan mengenai gangguan seksual apabila ada pengikutnya yang bertanyakan mengenai isu tersebut di Live Instagram.
Dia berpendapat sekiranya lelaki menampar di bahagian punggung wanita, ianya jelas dikategorikan sebagai gangguan seksual. Begitu juga sebaliknya jika wanita menampar bahagian punggung lelaki walaupun dalam situasi bergurau senda. Menurut perkongsian dari rakannya, menyentuh bahagian bahu atau tangan berlainan jantina tanpa keizinan di pejabat juga diklasifikasikan sebagai gangguan seksual.
Suka grab my ass and chest
Hafreez juga berkongsikan pengalamannya pernah disentuh oleh wanita ketika sesi penggambaran. Dia mendakwa ada seorang wanita yang dikenalinya sering memang di bahagian punggung dan dada pelakon lelaki ini dalam situasi bergurau. Pada mulanya, Hafreez terkejut dan memarahi wanita tersebut. Walaupun sudah ditegur berkali-kali, namun, wanita tersebut tetap melakukan perkara sedemikian atas alasan bergurau.
Kau nak aku grab kau juga ke?
Tulis Hafreez lagi, itu bukan kali pertama perkara tersebut terjadi terhadap dirinya. Lebih memalukan apabila kejadian itu berlaku di tempat awam ketika dia menjalani penggambaran di pusat membeli-belah.
Jangan jadikan gurauan ini normal
Sehubungan itu, Hafreez juga menasihati orang ramai untuk tidak membiasakan diri dengan gurauan yang melibatkan sentuhan fizikal terutamanya di bahagian peribadi.
Sumber: Hafreez Adam