berita

‘Dia Tak Layak’ – Diana Danielle Kecewa, Persoal Kelayakan Influencer Dilantik Ketua Srikandi

March 12th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Pelantikan Instafamous yang pernah mencetuskan kontroversi, Marshairah Ismail atau King Coco, sebagai Ketua Srikandi Bersatu bahagian Bagan Serai mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Difahamkan King Coco menewaskan dua calon yang lain dan memperoleh sebanyak 62 undian.

Diana Danielle di media sosial meluahkan rasa kecewa dengan pelantikan tersebut. Sebagai seseorang yang berasal dari Bagan Serai, Perak, Diana meragui kelayakan King Coco sebagai wakil rakyat.

Apa kelayakan dia?

Pelakon drama Raisha ini mempersoalkan kredibiliti seorang influencer sehingga melayakkannya sebagai wakil rakyat. Diana turut mempersoalkan adakah influencer atau instafamous sepertinya menyedari betapa besarnya tanggungjawabnya kepada orang ramai.

Saya kecewa

Keluarga saya asal Bukit Merah, saya kecewa dgn perlantikan yang tidak berkualiti macam ni. Dia tak layak. Jangan hancurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ni. Harap maklum Bagan Serai.

Petikan dari ikim.com.my tentang harapan rakyat dan tanggungjawab Wakil Rakyat – Peranan Wakil Rakyat, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz June 23, 2015

Apakah harapan kita kepada para wakil rakyat?

“Wakil Rakyat” merupakan mereka yang dipilih sebagai wakil menerusi sistem pilihan raya. Secara umumnya terdapat tiga fungsi utama para wakil rakyat. Pertama, sebagai mekanisme penyampai pendapat dan kehendak rakyat; Kedua, sebagai pembuat atau penggubal undang-undang (legilatif) dan Ketiga, sebagai mekanisme semak dan imbang ke atas kuasa-kuasa eksekutif.

Wakil Rakyat

Sebagai seorang yang dipilih sebagai wakilsalah satu peranan utama mereka ialah mewakili rakyat kawasan pilihan rayanya. Justeru, wakil rakyat tersebut menggalas amanah besar yang hendaklah ditunai dengan jujur dan bijaksana sebagaimana kehendak mereka yang berada di daerah pilihan rayanya. Wakil rakyat itu bukan sahaja mewakili rakyat yang mengundi mereka semasa pilihan raya tetapi juga rakyat yang tidak menyokong atau tidak mengundi mereka semasa pilihan raya.

Dalam perkhidmatan wakil rakyat, hendaklah wujud ruang-ruang untuk rakyat berhubung bagi mendapatkan maklumat dan bantuan. Selain itu kepentingan rakyat boleh dijaga dengan sealuran bantuan serta projek-projek tempatan. Wakil rakyat hendaklah menyediakan akses maklumat kepda rakyatnya tentang mengenai agenda penting negari atau negara. Wakil rakyat juga perlu melibatkan rakyat dan menjelaskan peranan mereka dalam konflik serta perlu membina konsensus dan mencapai penyelesaian. Wakil rakyat perlu responsif kepada keperluan rakyat. http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2015/06/23/peranan-wakil-rakyat/

Sumber : Diana Danielle

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×