Dalam program siaran langsung Ahad lalu, seorang pengacara popular didakwa menyindir Azwan Ali yang kembali muncul di kaca televisyen. Dia dilihat meniru gaya dan aksi Azwan Ali sehingga mendapat kecaman orang ramai.
Artikel berkaitan: ‘No Wonder Hos Sangkak, SRP Pun Tak Lepas’ – Respon Azwan Ali Isu Dakwaan ‘Dibahan’ Pengacara Popular
Ketika dihubungi Kosmo! Online, Azwan Ali walaubagaimanapun tidak berkecil hati malah memaafkan jika benar sindiran tersebut ditujukan kepadanya.
Lantak dia
Saya tak tengok pun video katanya dia sindir saya dalam program itu. Tetapi kalau betul dia sindir saya dalam program siaran langsung, saya maafkan dia.
Kalau betul dia berkelakuan begitu dan mahu bersikap kurang ajar, terpulang kepada dia. Saya tiada masalah dengan Nabil. Dia tak sebut nama saya kan, jadi lantak dia.
Mula berkecimpung dalam bidang pengacaraan sejak sekian lama, Azwan Ali enggan mengambil pusing dan mengatakan dirinya terlalu sibuk.
Isu remeh
Dia turut mengingatkan semua pengacara supaya menghormati industri seni tanah air yang terlalu kecil ini. Katanya lagi, sindir menyindir dalam program secara langsung tidak sepatutnya berlaku.
Nasihat saya cuma satu , bukan sahaja kepada Nabil bahkan kepada pengacara lain, sila berhati-hati ketika program secara langsung sedang disiarkan.
Saya takut sebab isu remeh seperti itu menjadi perdebatan besar dalam kalangan peminat sehingga boleh memusnahkan kerjaya seseorang artis dalam sekelip mata.
Hos sensasi tersebut sempat berpesan kepada para peminat supaya tidak memperbesarkan isu sebegini. Malah, dia tetap akan senyum sahaja sekiranya ada terjumpa Nabil di luar sana.
Sumber: Kosmo! Online