berita

‘Dia Tak Tendang Tapi..’ – Pengarah Buka Mulut Isu Pelakon Tertekan Di Lokasi Penggambaran

August 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pengarah terkenal, Adam Hamid didakwa ditendang pelakon utama drama terbitannya iaitu Hafidz Roshdi di lokasi penggambaran di Sungai Buloh pada Khamis lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Adam menafikan perkara tersebut sebaliknya mengakui pelakon itu hanya menolak dirinya sebelum mengambil keputusan meninggalkan lokasi penggambaran.

Hanya tolak sahaja

Dia tak tendang tapi hanya tolak saja. Pada hari itu saya agak beremosi kerana ada kru yang asyik mengulangi kesalahan sama hingga membuatkan saya tarik muka. Mulut saya pun celupar ketika itu. Jadi, mungkin dia fikir saya lepaskan kemarahan kepada dirinya kerana sebelumnya sudah beberapa kali juga saya menegur lakonannya sedangkan pada hari kejadian dia berlakon dengan baik.

Cuma, biasalah kita manusia ada hari kita panas dan sejuk. Mungkin dia rasa saya marah kepadanya. Bagi saya apa yang terjadi hanyalah salah faham. Saya mengalah dan hantar mesej minta maaf.

Menurut Adam, dia telah tampil meminta maaf kepada pelakon tersebut dan enggan memanjangkan isu yang sudah terjadi. Tambahnya, pada hari tersebut dia agak beremosi dan beberapa kali menegur lakonan Hafidz Roshdi.

Lebih baik saya pulang

Saya fikir kalau saya terangkan pada hari kejadian benda ini akan jadi lebih panas. Jadi, lebih baik saya pulang dan terangkan masalah yang saya hadapi pada keesokannya. Dia pun minta maaf atas apa yang berlaku dan mengakui dirinya agak tertekan dengan cara lakonannya kerana watak terbabit agak berat untuk dibawa.

Namun, semuanya sudah selesai dan saya pun sudah kembali ke lokasi hari ini. Saya pun sudah maafkan dia sebab anggap dia pun macam anak. Kami dah buang yang keruh ambil yang jernih.

Ujarnya lagi, dia sudah kembali ke lokasi dan meneruskan penggambaran sebuah drama yang mempunyai 26 episod. Bagaimanapun, kenyataan daripada Hafidz masih gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×