berita

‘Dia Tinggalkan Nama Buruk’ – Nur Mustika Akui Tertekan, Jelaskan Tiada Kena Mengena Dengan Sajat Lagi

October 20th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Selepas dikatakan berada di Thailand, nama Sajat sekali lagi menarik perhatian netizen apabila dia dikatakan sudah menetap di Australia. Terpalit dengan kontroversi yang melibatkan abangnya, Nur Mustika menerusi satu perkongsian di Instagram meluahkan rasa kurang selesa dengan tindakan Sajat.

Artikel berkaitan : Sajat Masih Di Thailand, Polis Tunggu Keputusan Permohonan Ekstradisi

Artikel berkaitan : ‘Memang Ujian Ini Berat Untuk Saya & Keluarga’ – Adik Sajat Mohon Semua Pihak Beri Satu Lagi Peluang

Artikel berkaitan : Dipercayai Terima RM20k, Wan Besi Didakwa ‘Dalang’ Utama Pembolosan Sajat Ke Bangkok

Terdapat netizen yang masih ‘serangnya’

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Mustika di Instagram, dia meluahkan rasa kecewa kerana terdapat sesetengah netizen yang masih ‘menyerangnya’ dan menjadikann tempat untuk melepaskan geram kepada abangnya.

Ujarnya lagi, dia sudah tidak ada kena mengena lagi dengan perbuatan Sajat kerana abangnya dikatakan sudah tidak peduli sesiapa lagi.

Aku tak ada kena mengena dengan perbuatan Sajat. Dia tak peduli sesiapa, buat apa aku nak peduli setiap tindakan dia. Tapi dugaan bukan kecil bila aku perempuan tanggung perbuatan dia selama ini.

Tinggalkan nama buruk kepada dirinya

Dalam pada itu, adik kepada Sajat ini mengatakan bahawa Sajat telah meninggalkan nama buruk kepada dirinya sehingga reputasi dan anak-anaknya terganggu. Sajat juga dikatakan tidak pernah meminta maaf di atas tindakannya yang keterlaluan itu malah menghina dirinya.

Dia tinggalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kena tanggung? Anak, reputasi busuk dan dia tak pernah nak minta maaf pada aku.

Malah menghina aku sebab aku terangkan kat media hari tu walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung.

Walau bagaimanapun, Mustika dilihat seperti sudah penat dengan pihak media yang menggunakan gambarnya untuk mengulas mengenai isu abangnya itu dan turut meluahkan perasaan seorang ibu yang perlu memikirkan perasaan anak-anaknya.

Banyak pengalaman dari kes Sajat ni. Media pusing semua benda janji dapat story demi konten. Apa jadi hidup seseorang tu pun diaorang tak peduli.

Aku ni seorang ibu ada anak kandung. Kesan-kesan negatif boleh timpa anak aku pula. Macam mana dia nak sekolah? Kuat kah dia bila orang cakap, layan atau perli dia atas perbuatan pakcik dia? Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini dalam setiap dugaan diberiNya.

Sumber : must1ka88

SKIP THIS AD ×