
Penceramah bebas Syamsul Debat, berkongsi tentang kisah penghijrahan pelakon Adam Corrie ketika aktor itu mengambil keputusan untuk memeluk Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam Mamat Menyampuk Syamsul Debat Dalam Podcast – ‘Tak Kena Tempat, Dia Bukan Calang-Calang Jemputan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adam Corrie Pernah Diuji Tiada ‘Job’ Selepas Peluk Islam, Isi Masa Dengan Majlis Imu – ‘Allah Bagi Jalan Yang Saya Rasa Sangat Seronok’
Mimpi Adam Corrie
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Syamsul memberitahu bahawa petunjuk yang diterima dalam mimpi telah membuka hati Adam untuk menerima hidayah lalu menganut agama Islam.
Ketika itu dia berkata, ‘kalaulah Islam itu benar, tunjukkan aku Muhammad.’
Entah macam mana, malam itu dia bermimpi susuk tubuh seorang lelaki tapi dia tak dapat tengok muka sebab cahaya yang begitu terang.
Dia yakin itu Nabi Muhammad SAW.
Terjaga sahaja daripada tidur, dia minta rakannya membawa dirinya ke masjid untuk memeluk Islam. Dia terus mengucap dua kalimah syahadah di Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Tidak hanya sekadar bergelar Muslim, tetapi aktor berusia 56 itu juga turut menyebarkan syiar Islam kepada rakan-rakannya.
Dalam tempoh dia memeluk Islam sehingga sekarang, dia telah mengislamkan lebih daripada 18 ke 19 orang kawan-kawannya.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Adam sebagai insan terpilih kerana dapat bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.
Dalam masa yang sama, mereka turut kagum dengan kesungguhan Adam untuk menjadi Muslim sejati.
Alhamdulillah, bestnya dapat melihat wajah Rasulullah SAW.
Sesiapa yang bermimpi baginda memang beruntung, tak ramai yang boleh berjumpa walaupun dalam mimpi.
MasyaAllah, kita pun tak dapat nak Islamkan walaupun seorang.
Sesiapa yang bermimpi Nabi Muhammad SAW, ia adalah mimpi yang sebenar-benarnya kerana syaitan tidak boleh menyerupai Nabi. Itulah keistimewaan baginda yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Sumber: TikTok








