berita

‘Diam Tak Diam Sudah 2 Tahun..’ – Fendy & Nadira Caliph Buskers Bercerai

January 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pernah memberi inspirasi buat pasangan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di luar sana suatu ketika dahulu, pasangan yang turut mempunyai masalah yang sama iaitu Fendy Adlun dan Nadira Rubina ini akhirnya mengumumkan bahawa mereka sudah berpisah.

Menerusi Instagram pemain drum ahli kumpulan Caliph Busker itu, dia memberitahu bahawa mereka terpaksa merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan netizen.

Jodohku hanya sampai di sini

https://www.instagram.com/p/B7xQKlLJJAh/

Menurut Fendy, mereka memilih untuk merahsiakan perkara itu kerana tidak mahu masalah peribadi itu dicampur dengan urusan kerjaya mereka. Tambahnya, walaupun perit pada mulanya untuk melafazkan kata perpisahan, dia yakin Tuhan sahaja yang tahu isi hati dan mengapa ianya terjadi.

Walaupun sudah 2 tahun masa berlalu, Fendy berharap semoga ada sinar baru buat dirinya, bekas isteri dan anak mereka. Pada masa yang sama, dia turut meninggalkan pesan buat anaknya iaitu Nurazalea Zafirah bahawa sebagai seorang bapa, dia akan sentiasa ada bersama anaknya itu. Fendy turut meminta maaf kepada semua kerana merahsiakan hal tersebut.

Masih dalam satu kumpulan

Sumber: Fendy Caliph Busker

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×