Pelakon, Farid Kamil akhirnya membuka mulut mengenai kewujudan bilik yang tidak sesuai untuk anak-anaknya masuk seperti yang didakwa isterinya, Diana Danielle.
Tak ada apa-apa
Menurut Farid, sebenarnya tidak ada apa-apa pun di dalam bilik tersebut. Sambil menunjukkan gerakan tangan memberi makna tidak mahu menjawab soalan tersebut.
Tak ada apa-apa.
Sementara itu, Diana Dianelle enggan mengulas lanjut mengenai coretannya tempoh hari dan ianya kekal menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen sehingga ke hari ini. Ketika soalan tersebut diajukan pagi tadi, Diana hanya berlalu pergi ke kenderaan miliknya tanpa berkata apa-apa
Terdahulu, Diana menerusi InstaStory mendedahkan bahawa Farid bertindak mengurung anak perempuan mereka, Nur Aurora atas alasan ingin memberi pengajaran terhadap kesalahan memetik cili milik jiran sebelah rumah.
Bilik itu pun tak sesuai anak masuk. You tahu kenapa bilik itu tak sepatutnya ada kanak-kanak dalam itu.
Jadi, memang tak sesuai nak suruh anak tidur dalam bilik itu, apa lagi atas lantai.