Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mempersoalkan tentang istilah ‘muslim-friendly’ yang digunakan oleh sesetengah restoran dan kafe.
Artikel berkaitan: Diana Danielle Respon Isu Duit Raya – ‘Apa Kau Ingat Nafkah Ke?’
Artikel berkaitan: ‘Jangan Pertahankan Hubungan Demi Anak-Anak’ – Diana Danielle
Sekadar tarik orang beragama Islam?
Menerusi hantaran di TikTok, Diana, 32, berpendapat istilah itu digunakan hanya sekadar untuk menarik orang beragama Islam untuk datang makan ke kedai mereka.
Namun, dakwa Diana, tiada piawaian yang ditetapkan bagi membuktikan kedai makan tersebut halal untuk dimakan.
Saya ada soalan. Adakah sesuai untuk sesebuah restoran atau kafe di luar sana menggunakan istilah ‘muslim-friendly’ tanpa sebarang bukti yang ia sesuai bagi orang Muslim?
Saya nampak istilah ini digunakan di mana-mana untuk menarik orang Muslim datang dan makan di tempat makan serta kafe yang macam saya pergi ni.
Dalam pada itu, Diana juga hairan istilah itu masih digunakan secara meluas meskipun ramai yang was-was untuk datang makan.
Tapi ada pelbagai perdebatan mengenai istilah ‘muslim-friendly’ ini.
Kalau orang tak percaya sebab istilah itu boleh digunakan sesuka hati, kenapa masih boleh digunakan?
Sumber: TikTok