berita

Diangkat Drama Terbaik, Nur Ungguli DFKL 2019, Bolot 6 Anugerah

April 7th, 2019 | by faris
Shout Out!

Malam kemuncak Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 berlangsung meriah sebentar tadi dengan mengangkat drama Nur arahan Shahrulezad Mohameddin sebagai Drama Terbaik. Tahniah daripada kami di OhBulan!

Mari kita tengok senarai nama pemenang untuk keseluruhan 9 kategori dipertandingkan dalam anugerah yang menggunakan tema #PositifSelalu itu.

Diserikan dengan persembahan menghiburkan

Dimeriahkan dengan persembahan menghiburkan Hazama sebagai pembuka majlis, DFKL turut menampilkan Sarah Suhairi, Zaim & Pasha menggegarkan pentas dengan nyanyian bertenaga masing-masing.

Paling mencuri perhatian sudah tentulah De Fam dengan lagu Solo nyanyian asal bintang K-Pop terkemuka, Jennie. Turut menggamatkan majlis adalah persembahan sketsa Ropie, Ain Edruce, Mark Adam dan Achey.

Aktor Pilihan

Syafiq Kyle – Nur

Aktres Pilihan

Janna Nick – Semerah Cinta Humairah

Antagonis Pilihan

Azhan Rani – Nur

Pengarah Pilihan

Shahrulezad Mohameddin – Nur

Penulis Skrip Pilihan

Shahrulezad Mohameddin – Nur

Lagu Pilihan

Jatuh Bangun – Haqiem Rusli & Aman Ra (Shah dan Zam)

Pasangan Pilihan

Syafiq Kyle & Amyra Rosli – Nur

Drama Pilihan

Drama Nur – Radius One Sdn. Bhd.

Drama Rantaian Bahasa Cina

My Sensei Nyonya – Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.