berita

Dianiaya Selepas Dijanjikan Kerja Sebagai Tukang Cuci Di KL, Kisah Pak Cik Ini Bikin Netizen Sebak!

January 15th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai individu sanggup berpenat-lelah mengorbankan tenaga dan wang bagi mencari rezeki di kawasan bandar. Meskipun tidak dapat menduga cabaran yang bakal dihadapi di negeri orang, namun risiko tetap diambil golongan ini dengan harapan agar kehidupan mereka menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Baru-baru ini, viral di media sosial kisah memilukan seorang insan yang ‘dianiaya’ selepas dikatakan bakal mendapat peluang pekerjaan di Kuala Lumpur namun bertukar hampa selepas mendapat berita yang tidak disangka-sangka.

Jalan kaki dari Subang ke Kelantan

Menerusi perkongsian pengguna Twitter bernama Hafizi ini, dia menceritakan kisahnya dipertemukan dengan seorang pak cik yang dilihat sedang berjalan di tepi lebuh raya.

Tampil untuk cuba membantu insan tersebut, lelaki ini berkata dia dimaklumkan oleh pak cik itu bahawa dirinya sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan selepas cuba mencari kerja sebagai tukang cuci di Kuala Lumpur.

Namun malang buat insan tersebut apabila sebaik sahaja sampai di Kuala Lumpur, dia diberitahu oleh rakannya bahawa pekerjaan itu tidak ada dan kemudiannya terpaksa pulang semula ke kampung dengan berjalan kaki kerana tidak mempunyai wang.

Kata individu ini, meskipun dirinya sudah menawarkan bantuan kepada pak cik itu untuk membelikan tiket bas bagi memudahkan perjalanannya pulang ke Kelantan, namun ia ditolak kerana insan malang tersebut memaklumkan bahawa dirinya akan menjadi ‘mabuk’ jika menaiki pengangkutan itu.

Netizen sebak

Perkongsian yang dibuat lelaki ini telah mendapat perhatian netizen di laman Twitter dan meraih lebih hampir 10k rt dengan 6k tanda suka.

Rata-rata netizen yang membaca kisah malang pak cik itu turut berasa sebak dengan nasib yang ditimpa olehnya malah mereka juga turut berharap agar ada insan lain yang mampu menghulurkan bantuan kepadanya untuk pulang dengan selamat ke kampung dan diberikan pekerjaan yang baik selepas ini.

Sumber: Twitter hafizikk93

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×