berita

Dibuka Semula & Jadi Yang Pertama Di Malaysia. AEON STYLE Taman Maluri Buat Ramai Terkejut

November 22nd, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

pintu masuk AEON STYLE Taman Maluri

Siapa kat sini suka pergi shopping mall? Tak kisah la korang pergi untuk beli barang atau sekadar window shopping. Lagipun, shopping mall bukan ada kedai je, tempat berseronok pun ada. Boleh luangkan masa dengan keluarga atau kawan-kawan.

Kami ada berita paling special nak bagi tahu korang. Orang KL mesti suka punya la. AEON Taman Maluri telah diubah suai dengan lebih moden dan ada nama baru. Ia dibuka semula dan menjadi yang pertama di Malaysia. Meletop habis!

AEON STYLE Taman Maluri dibuka secara rasmi 21 November ni!

pintu masuk aeon style taman maluri

Wah, akhirnya dah boleh shopping lagi kat sini! AEON STYLE Taman Maluri dibuka semula secara rasmi pada 21 November 2019. Korang mesti tak sabar nak datang shopping kat sini kan? Dari luar nampak megah, dalam mesti lagi gah!

Cuba korang tengok video kat bawah. Nice jugak kalau bawak keluarga shopping kat AEON STYLE Taman Maluri. Fuh!

AEON STYLE Taman Maluri ni memang unik dan lain daripada yang lain tau. Nak tahu apa yang unik?

Ia merupakan AEON STYLE pertama di Malaysia!

pintu masuk aeon style taman maluri

Laa.. Patut la tak pernah nampak. Rupanya AEON STYLE Taman Maluri ialah AEON STYLE pertama di Malaysia. Barang-barang yang ada pada setiap bahagian di AEON STYLE Taman Maluri lebih lengkap dan best. Gempak habis!

Banyak bahagian berbeza yang berwajah baru. Lebih lifestyle gitu!

pasar dalam aeon style taman maluri

Nama dah baru, dalam mesti la baru jugak. Korang takkan sangka yang AEON STYLE Taman Maluri ni ada banyak bahagian berbeza dengan wajah baru. Semua bahagian dah dinaik taraf menjadi lebih moden. Seronok la korang nak shopping nanti. Yay!

bahagian barang elektrik di aeon style taman maluri

Terdapat 6 bahagian di AEON STYLE Taman Maluri iaitu Kids Republic, Fashion, Shoes & Bags, Home Living, Supermarket dan Food World. Banyak kan? Korang boleh datang sini untuk cari barang-barang keperluan. Paling penting, sesuai dengan lifestyle.

Cuba teka, banyak-banyak bahagian dalam AEON STYLE Taman Maluri, mana satu yang paling sesuai untuk keluarga? Korang mesti surprise bila dapat tahu ni.

Mak-mak confirm suka dengan bahagian Kids Republic. Selesa habis!

bahagian kids republic di aeon style taman maluri

Kalau korang datang ke AEON STYLE Taman Maluri, korang akan terpukau dengan bahagian Kids Republic. Selain mempunyai ruang untuk melakukan aktiviti dan produk penjagaan ibu, ia lengkap dengan Baby Room yang selesa. Mak-mak mesti suka!

baby room di aeon style taman maluri

kerusi untuk ibu hamil di aeon style taman maluri

bahagian kids republic di aeon style taman maluri

Kaunter bahagian Kids Republic juga menyediakan laluan keutamaan untuk ibu hamil. Selain tu, kerusi keutamaan untuk ibu hamil disediakan jugak. Tak perlu la risau kalau penat lepas shopping nanti. Tandas kanak-kanak pun ada jugak tau. Anak-anak korang pun selesa kalau nak gunakan tandas. Comelnya!

aplikasi aeon kids republic

Paling terbaru, sekarang AEON dah ada aplikasi AEON Kids Republic. Dengan aplikasi ni, korang boleh kumpul e-stamp untuk tebus hadiah, dapat diskaun hebat sempena AEON MOMMY’S DAY, tips, permainan dan banyak lagi di Kids Republic. Seronok! Korang jangan lupa download tau.

Untuk info lebih lanjut tentang Kids Republic, korang boleh ke laman web http://www.aeonretail.com.my/kidsrepublic/

Fashion lover boleh cuci mata kat bahagian Fashion dan Shoes & Bags!

bahagian fashion di aeon style taman maluri

Siapa kat sini yang suka berfesyen? Korang singgah la cuci mata kat bahagian Fashion dan Shoes & Bags. Ada banyak pilihan pakaian, kasut dan bag yang cantik-cantik untuk korang. Stylo pulak tu! Rambang mata dibuatnya.

Cari barang keperluan rumah? Bahagian Home Living dan Supermarket ada untuk korang.

bahagian home living di aeon style taman maluri

Sebenarnya, ramai yang datang AEON STYLE Taman Maluri untuk cari barang keperluan. Kat sini ada bahagian Home Living dan Supermarket. Sambil-sambil cari perkakas rumah, boleh cari barang dapur sekali. Elok sangat la tu.

Isi perut lepas shopping kat bahagian Food World. Yummy!

pintu masuk delicatessen di aeon style taman maluri

Lepas shopping confirm lapar. Nak cari makan kat mana? AEON STYLE Taman Maluri ada bahagian Food World untuk korang. Paling best, ada Delicatessen wei. Macam-macam makanan korang boleh dapat kat sini!

makanan di delicastessen

makanan di delicatessen

makanan di delicatessen

makanan di delicatessen

Ada bakeri jugak untuk korang yang suka roti, pastri, kek dan pizza yang enak-enak. Antara makanan ready made yang ada ialah  masakan Jepun asli dan segar seperti sushi dan bento. Bila tengok ni, terliur seh. Nampak sedap pulak.

Sekarang, korang dah tahu bahagian dalam AEON STYLE Taman Maluri. Macam mana nak pergi situ dengan mudah? Meh, kami bagitahu satu rahsia.

Akses yang mudah melalui MRT Maluri.

laluan mrt ke aeon style taman maluri

Kalau korang nak pergi tapi malas nak drive, boleh la naik MRT. AEON STYLE Taman Maluri dekat je dengan MRT Maluri. Jalan kaki sikit je dah sampai.

pintu masuk pasar di aeon style taman maluri

Bila dengar AEON STYLE Taman Maluri ni dah dibuka, tak sabar pulak nak bawak satu keluarga datang. Dah la boleh shopping dengan selesa, banyak pilihan pulak tu. Syoknya!

ikan dalam bahagian pasar di aeon style taman maluri

bahagian kids republic di aeon style taman maluri

Ajak yang lain singgah tau! Datang ramai-ramai la best. Jangan lupa LIKE dan FOLLOW Facebook Page AEON Retail Malaysia untuk tahu perkembangan terkini mereka. Korang jugak boleh follow mereka di Instgram @aeonretail.my.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang AEON STYLE Taman Maluri, klik sini okay? Jom shopping guys!

SKIP THIS AD ×