berita

Dibuli Secara ‘Halus’, Hampir Nekad Berhenti Kerja, Jururawat Kongsi Pengalaman Hadapi ‘Workplace Mobbing’

April 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Tidak dinafikan ramai antara kita mengalami masalah dan tekanan di tempat kerja terutamanya ketika waktu yang sukar ini. Begitu juga dengan pada barisan hadapan negara (frontliners) yang berisiko berdepan dengan jangkitan Covid-19. Bahkan, ianya menjadi salah satu faktor menyebabkan mereka berdepan dengan tekanan dan depresi, selain suasana tempat kerja yang dianggap ‘toksik’.

Menerusi perkongsian dari seorang jururawat dikenali sebagai Sarah Al-Qadri, meluahkan rasa terkilan dengan sifat segelintir rakan kerja yang dianggap telah membulinya secara halus. Insiden tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap prestasi kerja seseorang.

Nekad ingin berhenti kerja

Jururawat ini berkongsi pengalaman pernah alami tekanan dan depresi berdepan dengan rakan sekerja yang suka menjatuhkan orang lain. Namun bagaimanapun, masalah mereka itu dapat diselesaikan dengan bantuan dari ketua di tempat kerja tetapi masih meninggalkan kesan buruk dari emosinya.

Kerjaya sebagai seseorang jururawat terlatih tidaklah seindah yang disangka dalam versi hidupku ini. Ya.. aku telah memilih, jadi aku akan terus melangkah. Apa yang aku ingin kongsikan buat pertama kali secara seriusnya adalah tentang “Workplace Mobbing” yang mana aku sebagai hamba ALLAH S.W.T benar-benar pasti dan yakin inilah yang aku pernah alami.

Kerana situasi yang mana kau berinteraksi dengan hanya seorang hamba Allah sahaja boleh menyebabkan ianya bertukar menjadi konflik dengan dua orang hamba Allah sehingga membuatkan aku nekad ingin berhenti kerja mengakhiri kerjaya sebagai jururawat ni. Tetapi, ALLAH S.W.T lebih berkuasa, didatangkan kepada aku ketua-ketua yang bertanggungjawab dan adil. Memujuk serta menstabilkan emosi yang sedang stress dan depress. Akhirnya, kerjaya ini dapat aku teruskan dengan lebih beriltizam.

Workplace mobbing ini sangat halus ye kawan-kawan, contohnya, memburukkan coworkers untuk mempengaruhi coworkers yang lain untuk mencetuskan ketidakpuasan hati, kebencian dan juga untuk menimbulkan rasa marah atau tidak suka pada seseorang individu atau kumpulan berkelompok.

Kesan ‘workplace mobbing’

Pembulian secara halus ditempat kerja (workplace mobbing) ini mengundang kesan negatif terhadap diri sendiri dan hasil kerja. Situasi ini dianggap ‘palau’ sehingga rakan-rakan yang lain tidak mengendahkan dan pinggirkan diri kita.

Kesan dari workplace mobbing pada work culture environment sangatlah buruk kerana ianya boleh memberi kesan ke atas tradisi sesuatu tempt kerja contohnya memulaukan kawan sekerja yang terlibat akan memberi effects pada teamwork during duty dan hasilnya of course poor outcomes. Quality of care yang tidak baik dan lebih memburukkan keadaan apabila, emosi individu atau mereka yang terlibat tu terganggu.

Kesan yang teruk ke atas minat dan semangat mereka untuk bekerja contohnya, semangat yang merundum dan no self confident, no self actualization dan juga tiada tarikan positif ke tempat kerja. Minat terhadap kerja yang dilakukan boleh hilang secara perlahan-lahan dan akhirnya boleh membawa kepada perubahan sikap serta emosi mereka.

Cukuplah memburukkan rakan sekerja

Foto hiasan

Sementara itu, Sarah Al-Qadri mengingatkan orang ramai untuk hindari berlakunya ‘workplace mobbing’ di tempat kerja seperti dia alami itu. Sesungguhnya perkara itu dapat mengundang persekitaran yang tidak sihat dan negatif.

Seorang jururawat yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk kawan-kawan dan pesakit-pesakit lain dengan penuh istiqamah semasa isi rumah sedang nyeyak tidur. Seorang jururawat yang yang benar-benar mempunyai enthusiasm yang tinggi dalam kerjayanya. Seorang jururawat yang sedang sambung pelajaran untuk mengubah nasib kaumnya. Seorang ibu, seorang anak, seorang menantu, seorang adik, seorang isteri, seorang mentor, seorang kakitangan kerajaan dan seorang kawan kepada jururawat-jururawat yang lain.

Janganlah melihat kelebihan dan kejayaan pada insan lain menjadi asbab untuk anda melontar a’in dan hasad anda. Cukup-cukuplah memburukkan kawan-kawan yang lain untuk kepuasan diri sendiri.

Sumber: Sarah Al-Qadri, Public Health Malaysia

SKIP THIS AD ×