Seorang lelaki berusia 23 tahun mencuri perhatian ketika dicekup berkhalwat apabila hanya sempat menyarung baju tidur milik kekasihnya dalam satu serbuan penguat kuasa agama di sebuah premis di Kulim, Kedah, pada Khamis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Salah Tetap Salah’ – Risteena Enggan Cakap Banyak Isu Khalwat Ruhainies, Bakal Tunai Umrah & Beraya Di Makkah Bersama Keluarga

Sarung baju GF

Sumber Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, lelaki berkenaan yang dilihat memakai baju bergambar kartun ditahan bersama pasangannya berusia 16 tahun ketika pemeriksaan dilakukan sekitar jam 9.50 pagi.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad, berkata, remaja perempuan itu bekerja di sebuah pusat snuker dan tinggal bersama adik perempuan kekasihnya yang turut bekerja di lokasi sama.

Hasil soal siasat, mereka mengaku bukan pasangan suami isteri. Ketika ditangkap, remaja perempuan itu memakai baju kelawar manakala teman lelakinya memakai baju tidur bergambar kartun.

Lelaki tersebut mendakwa hanya menumpang tidur selepas menghantar teman wanita pulang dari tempat kerja.

Menurut Anwar, pasangan itu mengambil masa hampir satu minit sebelum membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit berada di atas katil, manakala adik perempuannya menyewa di bilik lain dalam premis sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Sumber: Sinar Harian