berita

Dicipta Tanpa Sengaja, Popular Dalam Masakan Perancis, Ini Sejarah Tempe Yang Korang Tak Pernah Tahu!

September 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tempe merupakan antara makanan yang popular lebih-lebih lagi dalam masakan penduduk jawa. Mana taknya, dalam hidangan popular seperti ayam penyet, tempe dan tauhu pasti akan dihidangkan sekali. Kombinasi makanan ini pasti membangkit selera makan korang.

Jangan tahu makan je, kali ini menerusi Twitter Puan Eleena berkongsi sejarah wujudnya tempe di muka bumi ini. Sejarah tempe ini pasti membuatkan korang tergamam dan tak sangka ianya dicipta tanpa sengaja.

Tempe itu kulat?

Dia berkongsi serba sedikit tentang sejarah asal usul tempe apabila anaknya diejek oleh rakan sekolah kerana makan tempe yang didakwa mengandungi kulat. Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen yang sebelum ini tidak tahu tentang sejarah tempe dibuat.

Berasal dari perkataan jawa

Sejarah awal nama tempe itu diperoleh dari bahasa Jawa ‘tumpi’ yang bermaksud putih. Ada juga yang mengatakan ia berasal dari perkataan ‘tape’ yang bermaksud tapai kerana terdapat proses penapaian dengan menggunakan ragi dalam proses pembuatan tempe.

Soya dibawa masuk dari China

Walaupun kacang soya bukan berasal dari kepulauan Jawa, ia dibawa masuk oleh pedagang China semasa Jawa diperintah oleh Dinasti Saliendra.

Tempe dicipta tanpa sengaja

Pada awalnya, tempe dicipta tanpa sengaja apabila seorang pengusaha tauhu berbangsa cina. Dia dengan tidak sengaja menumpahkan ragi beras ke dalam kacang soya yang sudah dimasak. Apabila dia melihat rupa kacang soya yang berkulat itu, dia terus goreng dan mencubanya. Ternyata ianya rasa enak.

Resepi tempe diambil oleh orang Belanda

Bukan hanya popular di kepulauan Jawa, resepi tempe juga telah tertulis dalam buku resipi Belanda pada tahun 1931.

Tempe boleh bernilai US$258 juta

Tempe juga menjadi salah satu makanan yang berpotensi tinggi pada masa akan datang. Hal ini kerana ramai orang yang telah berubah ke makanan vegan dan tempe merupakan salah satu makanan vegan yang berkhasiat.

Tempe bukan tempeh

Sumber: Puan Eleena

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×