berita

‘Bukan Anak Saya’ – Didakwa Abai Anak Kerana Kemaruk Gadis Tiktok, Lelaki Ini Buat Pendedahan Mengejutkan

November 13th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Minggu lalu viral di Twitter luahan kecewa seorang wanita terhadap bekas suami yang langsung tidak menjenguk anak ketika sakit di hospital. Malah, bekas suaminya juga didakwa ‘mabuk’ bercinta dengan gadis Tiktok sehingga mengabaikan anak.

Artikel berkaitan : Anak Masuk Hospital, Bekas Suami ‘Lesap’ Mabuk Bercinta Gadis Tiktok?

Menerusi temubual mStar Online, lelaki tersebut tampil mempertahankan diri.

Bayi itu bukan anak saya

Bersama dengan salinan surat beranak sebagai bukti, Shahrul Fazlim memberitahu bayi tersebut bukanlah anak kandungnya. Jadi segala dakwaan mengabaikan tanggungjawab seperti yang dikatakan bekas isteri tidak wujud sama sekali.

Saya tak faham dan berasa terkilan bila bekas isteri saya viralkan saya begini. Bila saya tanya apa motif dia cakap saja-saja untuk puaskan hati. Seolah-olah dia tidak menghargai langsung apa yang saya pernah lakukan untuk dia selama ni.

Sebenarnya bayi itu bukan anak saya. Kalau nak ikutkan perintah mahkamah, tidak wajib saya beri nafkah kepada anak itu sebab dia bukan anak kandung saya. Sekali pun saya nak beri (nafkah) ia umpama hadiah kerana anak itu tiada kena mengena dengan saya.

Sebelum ini dia sendiri yang ‘haramkan’ saya berjumpa dengan anak itu.

Bila saya ikutkan seperti yang diminta, dia fitnah saya begini. Saya pun tak faham apa yang dia mahukan

Ibu tak terima saya jadi ‘pak sanggup’

Berpisah pada 18 Oktober lalu, lelaki ini memberitahu bekas isteri yang dikenali sebagai Nori itu pernah memberi amaran supaya tidak lagi berjumpa dengan anak.

Tambah mengejutkan, dia turut memaklumkan perkahwinan mereka tidak direstui keluarga dan berkahwin ketika kandungan wanita tersebut 4 bulan.

Sejujurnya perkahwinan kami tidak direstui keluarga. Saya berkahwin dengannya ketika kandungannya berusia empat bulan.

Sebab itu ibu saya tak boleh terima saya jadi ‘pak sanggup’. Yang pasti, kami bercerai bukan disebabkan wanita dalam gambar itu dan saya tidak pernah ada perempuan lain sepanjang bergelar suaminya.

Saya sayangkan anak itu dan menganggap dia seperti anak saya sendiri.

Saya pernah beritahu Nori untuk buat surat dan menyerahkan hak penjagaan kepada saya jika dia tidak mampu untuk membesarkan anak itu seorang diri, saya sudi membantu. Tetapi dia tidak mahu.

Sepanjang perkahwinan juga saya sangat menjaga makan minum dan nafkah mereka.

Netizen yang tidak tahu apa masalah kami, tak sepatutnya mencampuri urusan ini lebih-lebih lagi menghina saya kerana ia tidak adil untuk saya dan wanita itu.

Lebih-lebih lagi dia bakal menduduki peperiksaan SPM. Bila dah viral begini, saya kasihan kerana dia turut terpalit dalam masalah ini.

Guru-guru dan rakan di sekolah juga menuduh dia merampas suami orang.

Shahrul turut memohon orang ramai yang tidak mengetahui perkara sebenar menghentikan segala kecaman kepadanya dan kekasih. Lebih-lebih lagi gadis tersebut bakal menduduki SPM bermula hari ini.

Selain itu, dia turut meminta bekas isteri agar tidak mengganggu kehidupan kerana dia bebas menentukan dengan siapa dia mahu berpasangan atau berkahwin.

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×